Friday, 9 December 2016

Respon Michael Ang Jadi Bahan Gurau Kasar 'Buat Apa Di Majlis Melayu, Kau Sorang Cina?'

Respon Michael Ang Jadi Bahan Gurau Kasar 'Buat Apa Di Majlis Melayu, Kau Sorang Cina?'



Ini Respon Michael Ang Sering Jadi Bahan Gurau Kasar 'Buat Apa Di Majlis Melayu, Kau Sorang Cina?'


Pengarah drama popular, Michael Ang sering jadi bahan lawak rakan artis.

Ini kerana dia sering tampil di event racangan hiburan yang selalunya targetnya Melayu.

Bagi Michael, dia tidak pernah terasa hati dengan gurauan rakan artis membabitkan bangsa beliau sebagai lelaki Cina yang sentiasa berada dalam kelompok Melayu.

Dia tidak pernah menganggap gurauan seperti itu bersifat perkauman kerana tahu kebanyakan artis sering bergurau kasar antara satu sama lain.

Ini komennya:

"Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati apabila orang bercakap seperti 'Oi, kau buat apa di majlis orang Melayu, kau seorang saja Cina?' 

"Mungkin ada yang ambil perkara ini secara negatif, tetapi dalam industri ini, kita saling bergurau kasar.

"Saya sendiri bergurau kasar dengan orang, takkan saya tidak boleh terima apabila orang bergurau dengan saya,"


Itulah respon Michael Ang  ketika mengulas mengenai sikap segelintir rakan artis yang sering bergurau kasar termasuk bersifat perkauman dengannya. 

sumber: beritamemey

No comments:

Post a Comment