Wednesday 28 December 2016

Dah langgar tapi tak nak bertanggungjawab, Wanita dakwa dianiaya pemandu Toyota Harrier ini...

Dah langgar tapi tak nak bertanggungjawab, Wanita dakwa dianiaya pemandu Toyota Harrier ini...



Aduan dari Azlinda Jamaluddin

Jam 11 malam, 19 November 2016, kami terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Harrier. Pemandunya memang confirm mabuk.

"Tara apa, tara apa, saya boleh bayar" kata pemandu itu. 

Nak bercakap dengan pemandu itu pun tak ada guna sebab dia mabuk. 

Tidak lama kemudian kereta tarik pun sampai. Seperti biasa, mereka pujuk nak bawa pergi ke bengkel pilihan mereka. Aku cakap okey saja, janji bawa kami berdua pergi ke balai dulu dan mereka pun bersetuju. 

Beberapa minit kemudian, Polis Bantuan PLUS pun tiba di lokasi kejadian. Ambil maklumat lesen memandu, kad pengenalan kedua-dua pemandu. 

"Encik, pemandu itu mabuk, macam mana kita nak buat dia kena tangkap sebab memandu dalam keadaan bahaya?" soal saya. 

Polis bantuan dan penarik kereta hanya mendiamkan diri saja. Saya ingat mungkin mereka sedang berfikir, jadi saya pun pergilah tengok anak-anak dan tak menyangka saya akan ditipu sekejap lagi. 

Saya sempat merakam beberapa gambar, tetapi silap tak rakam gambar pemandu kereta itu sekali. 

Kereta individu yang didakwa mabuk | Foto - Azlinda

Kereta Azlinda | Foto - Azlinda
Selepas itu, kami pergi ke balai polis berdekatan. Saya tiba di balai dulu dengan kereta tarik. Di depan balai, saya tanya penarik kereta, mana kereta tarik lagi satu yang bawa pemandu mabuk itu? Katanya akan sampai sekejap saja lagi. 

Lalu saya pun masuk ke balai untuk buat laporan polis. Selesai buat laporan, pemandu mabuk itu masih belum munculkan dirinya di balai. Aku pun hairan. 

"Jangan haraplah dia datang nak buat laporan polis malam ini. Mesti dia datang esok, lusa," sampuk pegawai polis yang bertugas. 

Saya tergamam tahap gaban. Wah? Saya sudah kena tipukah? 

Sudahnya, saya minta sarjan polis buatlah apa pun yang penting saya nak tuntut insurans kereta pemandu Toyota itu untuk baiki kereta saya. Saya tak ada kena mengena dengan insurans saya. Sarjan polis itu kata okey sebab pemandu berkenaan tidak datang sekali kami dah sah-sah something wrong kan? 

Tukang tarik kereta? Anak-anak Melayu semua? Berapa banyak yang mereka dapat dengan menganiaya bangsa sendiri? 

Polis Bantuan PLUS, kalaulah lebih membantu. Ke nak tunggu orang accident mati dulu baru nak hegeh-hegeh? Pemandu itu mabuk, kenapa tak ambil tindakan? Saya dah siap maklumkan pemandu Toyota itu mabuk dan perlu dibawa ke balai untuk diambil tindakan. Namun semua buat tak tahu sahaja. 

Masalah sekarang, pihak bengkel dah menghubungi kami dan tanya nak buat apa dengan kereta kami yang tersadai di bengkel. Rupa-rupanya pemandu Toyota itu sudah buat laporan 2-3 hari selepas hari kejadian di mana dia berjaya membuat tuntutan insurans keretanya dengan alasan pengsan tanpa menyebut yang kereta kami turut terlibat dalam kemalangan kononnya pemandu Toyota itu pengsan.


Kereta Toyota Harrier yang melanggar kereta pengadu telah disiapkan awal sebelum perayaan Tahun Baru Cina | Foto - Azlinda


Dia pengsan dan saya pula apa? Meroyan? Saja-saja nak accident? Dengan bawa anak-anak, bayi berusia dua bulan? Logik? 

Cuba fikir, selama ini saya hairan kenapa bila ada kemalangan, pengakhiran mesti bergaduh di tepi jalan. Rupa-rupanya disebabkan hal seperti ini, ada orang yang enggan bertanggungjawab. 

Sudahlah terpaksa tuntut insurans sendiri, masalahnya tak dilindungi sepenuhnya. Silap-silap kena tambah bayar lagi. 

Moral dari kejadian ini, berhati-hatilah ketika memandu. Kita sudah berhati-hati namun dilanggar juga. Kalau terlibat dalam kemalangan, sila hubungi talian 999 sebab segala jenis 'bantuan' yang ada ini memang tidak membantu. 
Ejen insurans juga perlu berhati-hati, jangan sampai anda ditipu oleh manusia seperti pemandu Toyota ini. 
Kepada pemandu Toyota yang mendakwa dirinya 'terpengsan' ketika memandu, memang saya sengaja war-warkan nombor kereta awak.

Sekarang tengah pening tentang insurans. Nak teruskan kes tetapi nak korek duit dari mana? Nak buat macam mana? - Azlinda Jamaluddin | The Reporter


Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Isteri PELIK Kerana Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama, RUPA-RUPANYA Segalanya TERJAWAB Apabila Isteri Terlihat...

Isteri PELIK Kerana Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama, RUPA-RUPANYA Segalanya TERJAWAB Apabila Isteri Terlihat...

Isteri PELIK Kerana Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama, RUPA-RUPANYA Segalanya TERJAWAB Apabila Isteri Terlihat...


Kehidupan suami isteri tidak dinafikan akan berhadapan dengan pelbagai cubaan, tetapi apa yang paling mengecewakan ialah pasangan kita curang dengan darah daging sendiri.


Inilah kisah yang dikongsi oleh seorang isteri berkenaan suaminya curang dengan adik kandungnya.

"Assalammualaikum….saya harap kisah saya ini akan menjadi teladan buat isteri2 di luar sana..suami saya curang dgn adik kandung saya sndri..mmg saya rasa sedih, mara, kecewa sgt sbb saya percya dekat mereka berdua..

Saya tahu mungkin ada isteri yg mengalami situasi yg lebih teruk dr saya..sepanjang saya menjadi isterinya saya dilayan seperti tunggul yg xad perasaan..semua yg saya nk lakukan dgn die tak boleh..smpai nk simpan gmbr kami berdua pon tak boleh..kne sorok Jgn smpai adik saya nampak..keluar berdua memang tak boleh..sbb adik saya akn marah suami saya dn suami saya akn marah saya..yela stress bergaduh dgn makwe..

Allah tu maha adil..saya dpt baca wassup mereka berdua..hancur hati saya tgk dorang berwassup cmtu..pergi bercuti sibuk msg adik saya bg laporan..dh smpai mana..dekat mana..isteri mana yg akn rasa gembira ble diperlakukan cmni..saya pon ad perasaan..saya sedih sebab adik saya tak pernah pikir pasal kakak die ni..

Kerana kesilapan dorang saya yg merana..saya mmg tak dilayan cm seorang isteri patut dilayan..salah saya jgk sbb saya tak pernah nk suarakan hak saya sebagai isteri..terlalu takot nk bersuara smpai kne tipu hidup­hidup dgn org yg saya percaya..saya sudah berpisah dgn suami saya..dan saya pon x tau dorang masih lagi berhubung atau tidak..

Adik saya ckp sbb suami saya dh xad perasaan kt saya tp layakah saya dilyn cm Bkn isteri die hnya sbb dh xada perasaan..mmg saya hnya menangis spnjg perkahwinan ini..saya mohon hanya Allah sahaja yg dpt membalas ape yg dorang buat kt saya ni”..."

Sumber: gelakhati 



Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Enam Sekeluarga Maut Dikurung Perompak Dalam Bilik Air...

Enam Sekeluarga Maut Dikurung Perompak Dalam Bilik Air...
Jakarta: Enam sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak maut selepas dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di sebuah rumah di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur di sini.
Keenam-enam mangsa itu dipercayai meninggal dunia awal pagi tadi, akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen selepas dikurung sejak pagi semalam dalam bilik air seluas 1.5 meter lebar dan 1.5 meter panjang itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Residen Jakarta Timur Sapta Maulana berkata, semua yang maut dan selamat itu ditemui sekepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu pagi tadi.
"Kesemuanya sebelas orang dikurung perompak dalam bilik air yang kecil dan pintu bilik air itu dikunci dari luar sejak Isnin," katanya dipetik media dalam talian tempatan hari ini.
Beliau berkata, kejadian itu hanya disedari hari ini oleh seorang saudara perempuan mereka yang mengunjungi rumah berkenaan pagi tadi.
Katanya, saudara mereka, Sheila Putri yang kebetulan mengunjungi rumah itu kira-kira 10 pagi, terkejut apabila pintu pagar dan pintu rumah berkenaan terbuka luas dan apabila masuk, terdengar suara orang menjerit meminta tolong.
Sheila Putri menghubungi polis meminta bantuan dan sebaik polis membuka pintu bilik air itu, enam mangsa sudah meninggal dunia.
Lima lagi dikejarkan ke hospital kerana lemah serta luka melecet akibat terpaksa berhimpit dalam bilik air itu.
Katanya, mereka yang maut itu ialah tuan rumah yang juga seorang arkitek dikenali sebagai Dodi Triono, 59, dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16, dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9, dua pemandunya berumur 40-an dan seorang lelaki dipercayai anak teman Dodi.
Mereka yang cedera dan dimasukkan ke hospital ialah seorang wanita dikenali sebagai Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun.
Polis setakat ini belum mengesahkan barangan yang telah dirompak dan masih meneruskan siasatan serta mengumpul bukti.


Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Bas Ekspress Terbabas 13 Maut Termasuk Kanak Kanak - AL FATIHAH...

Bas Ekspress Terbabas 13 Maut Termasuk Kanak Kanak - AL FATIHAH...


Muar: Seorang kanak-kanak antara 13 terbunuh dalam nahas bas ekspres terbabas ke dalam curam di KM137 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayo, awal pagi ini.
Kemalangan yang turut menyebabkan 17 penumpang lain cedera manakala pemandu dikatakan turut terkorban.
Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 pagi.
Katanya, satu jentera dan satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (ERMS) membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muar dikejarkan ke lokasi.
"Pada masa sama, jentera membabitkan pegawai dan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng serta satu jentera, seorang pegawai dan lima anggota balai Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas ke dalam curam menyebabkan 13 orang termasuk seorang kanak-kanak dan pemandu meninggal dunia.
“Selain itu, 17 penumpang lain cedera dan kami berusaha membantu mereka mendapatkan bantuan kecemasan," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 7:48 AM


Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Sayu..."Saya rasa nak pergi jauh" Demikianlah Ayat Ayat Terakhir Nur Amira Izzaty Kepada Tunangnya Sebelum Nahas- AL FATIHAH


Sayu..."Saya rasa nak pergi jauh" Demikianlah Ayat Ayat Terakhir Nur Amira Izzaty Kepada Tunangnya Sebelum Nahas- AL FATIHAH...

"Saya rasa nak pergi jauh" adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi Sabtu.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres diKM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir mereka bertemu ketika mengambil Nur Amira di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantar ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

"WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan 'saya rasa nak pergi jauh 'jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya. Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan," katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

"Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian. Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

"Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam," katanya.

Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan. -Bernama



Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Siapa Sangka Inilah Wajah Cantik Isteri Pelawak Senario Lan Pet pet Kalah Neelofa ! No 10 Tu..

Siapa Sangka Inilah Wajah Cantik Isteri Pelawak Senario Lan Pet pet Kalah Neelofa ! No 10 Tu..

13725620_687464951406378_519557495_n.jpg
13732174_515819705277238_2017258493_n.jp
13739497_167897510298031_702073758_n.jpg
13774712_1340458875982016_2098361549_n.j
14099902_1211353252220248_1067502351_n.j
14145380_1575902136039377_1978412031_n.j
14156433_493421320866445_1745328468_n.jp
14368949_304085829976055_916149628985724
14499142_1002282106544089_59382373097563
14564913_1085545728178174_46892153149010
14709707_315941032110694_571436721180875
14733313_339395329762792_160471072079085
15035717_1898982516988796_48931709122175
15046775_715227758625918_411080811777884
15046933_359477357732547_702799592579661
15538349_1829741867250532_23201218642124
15538900_777465955741146_419361225256730
15624128_1850966685140714_55840121068118
Sumber asal: izyan.com
Sumber: ohwhuuut

Tangkap LELEH Beb!! 5 GAMBAR Terbaru Shafnie Zainuddin, bekas isteri Datuk AC Mizal Yang PERGHH..!

Tangkap LELEH Beb!! 5 GAMBAR Terbaru Shafnie Zainuddin, bekas isteri Datuk AC Mizal Yang PERGHH..

#Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.
#Hari baik, berita yang baik untuk Shafnie Zainuddin, bekas isteri kepada pengacara popular, Datuk AC Mizal. Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah membenarkan permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah 2 orang anaknya hasil perkahwinannya dengan AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.
#Semoga semua pihak yang terbabit berpuas hati dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Ingatlah bahawa anak ialah tanggungjawab kita.  Besar nanti kalau kita sakit, anak-anak jugalah yang akan tolong jaga.
#Perintah ini berkuatkuasa sehingga kedua-dua anak tersebut berusia 18 tahun atau sehingga tamat tamat pengajian atau mana-mana yang kemudian. Ketika keputusan ini diumumkan, AC Mizal gagal hadir kerana sedang menjalani penggambaran sehingga bulan Februari.





Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Akhirnya Zurailie Cerita Punca Sebenar Kenapa Beliau Bunuh Wanita Kerani Sekolah..

Akhirnya Zurailie Cerita Punca Sebenar Kenapa Beliau Bunuh Wanita Kerani Sekolah...



#~Muar: Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.
#Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes - HARIAN METRO 

Admin: menurut beberapa sumber dari rakan media, suspek disyaki seorang penagih dadah dan mempunyai beberapa kes jenayah sebelum ini. 

Tidak mustahil beliau bertindak membunuh mangsa tersebut ketika dibawah pengaruh dadah. Apapun sebab beliau bertindak dengan begitu kejam, admin yakin mesti ada sesuatu sebab disebalik motifpembunuhan ini.

Mungkin dendam? ataupun suspek dah lama berniat merogol mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai?

Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan dari pihak polis dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.



Read more: http://kopi-tampal.blogspot.com/2015/12/akhirnya-zurailie-cerita-punca-sebenaar.html#ixzz4U9FMoSxk



Sumber- http://kopi-tampal.blogspot.my/

Tuesday 27 December 2016

Kenapa Isteri Kurang Berminat Duduk Rumah Mentua? Ini Sebabnya…

Kenapa Isteri Kurang Berminat Duduk Rumah Mentua? Ini Sebabnya…



1. Habit #1 Proactive


Separuh daripada perempuan mungkin gagal di sini. Selalu apabila seorang wanita baru berkahwin, kemudian diminta suami utk tinggal bersama mertua, selalu dari semasa ke semasa seorang perempuan bertindakbalas menjadi defensive dan terkadang tidak bersetuju atau marah. Tanpa, PAUSE, berfikir sejenak dan RESPOND dgn matang, dan terkadang terlupa menghormati suami sendiri

2. Habit #2 Begin With The End In Mind


Benar, kajian menunjukkan wanita lebih ‘pendek akal’. menjadikan dia kadang2 tidak melihat objektif utama mengapa dia terpaksa tinggal bersama mertuanya. atau mungkin si suami tidak memberitahunya secara jelas. Sebahagian istri mungkin lebih suka menyewa di luar sedangkan lelaki berfikir lebih baik duit sewa yg dibayar itu dikumpul utk deposit beli rumah sendiri di masa depan

3. Habit #3 First Things First


Islam mengajar, Keutamaan Suami adalah Mentaati Ibu Bapa, manakala Keutamaan Isteri adalah Mentaati Suami. Keutamaan lain semuanya berpaksikan ini. Seorang istri bole jadi dia mengutamakan kebahagiaan keluarganya lalu dia merasakan hidup di rumah dgn keluarga sndiri lbih mudah mencapai kebahagiaan bbanding dgn mak mertua. Dia mungkin terlupa, sekiranya dia memberi kebahagiaan kpd keluarga dan keluarga mertuanya ktika di rumah mertua dia telah membahagiakan si mertua dan si suami. Dlm masa sama dia telah berjaya mentaati suami

Habit 4-7 akan bersambung kerana kata author buku ini, masih dalam penulisan

Nota : Buku ini ditulis untuk membantu menjadi isteri yg lebih baik & juga suami

Sumber : Wan Nasrul FB



Sumber- http://www.himpunanceritalawak.com

’11 Tahun Kahwin Tetapi Masih Rindu Ex, Berdosakah Saya?’

’11 Tahun Kahwin Tetapi Masih Rindu Ex, Berdosakah Saya?’...




Isu curang bukanlah sesuatu yang asing berlaku dalam masyarakat kita. Perbuatan curang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lelaki curang? Itu adalah perkara biasa kerana tabiat lelaki yang memang suka menggoda gadis atau wanita lain sedangkan dia sendiri telah mempunyai sesuatu yang halal bagi dirinya.




Sumber : Nurul Kasmadillawati Zakaria