Saturday 17 December 2016

Inilah Bedanya Cewek Cantik, Cewek Manis Dan Cewek Seksi...

Inilah Bedanya Cewek Cantik, Cewek Manis Dan Cewek Seksi....




Wanita Manis merupakan tipe wanita yang memiliki kecantikan alamiah, dan lebih menonjolkan kecantikan dalam berperilaku, bergaul dan berkata-kata atau sering dikenal dengan inner beauty. Tipe wanita manis menduduki posisi pertama sebagai tipe wanita idaman kaum pria. Sebab wanita tipe ini pandai membawa diri dalam lingkungan pergaulan, tidak hanya menonjolkan kecantikan fisik saja, jadi dapat bergaul dari segala macam lingkungan pergaulan. Banyak pula yang beranggapan bahwa wanita manis memiliki kecantikan yang tidak membosankan dibandingkan tipe-tipe wanita lainnya, sebab tanpa mereka dapat tampil mempesona dengan aura kecantikan dalam diri yang terpancar tanpa menggunakan riasan wajah yang berlebihan

Wanita Cantik merupakan tipe wanita yang memiliki paras wajah yang cantik, menawan dan mempesona dan memiliki penampilan yang menarik. Wanita cantik biasanya pandai berdandan baik dalam merias wajah atau memperbaiki penampilan. Kebiasaan yang paling digemari adalah melakukan perawatan dan perbaikan penampilan dan kecantikan, baik di rumah, salon atau klinik kecantikan. Mereka biasanya sangat menjaga kecantikan wajah, kadang tumbuh jerawat pada daerah wajah menjadi masalah besar bagi mereka. Kebanyakan pria merasa bangga bila memiliki kekasih tipe wanita cantik, sebab akan membuat iri banyak pria.

Sedangkan Wanita Seksi merupakan tipe wanita yang memiliki penampilan atau postur tubuh yang ideal, dan mereka juga dalam berpakaian cenderung menonjolkan setiap lekuk tubuh yang menawan. Sehingga wanita seksi sangat percaya diri, bersifat terbuka dan sangat memperhatikan bentuk tubuh mereka, ketika berat badan mereka naik beberapa kilo akan menjadi masalah besar bagi mereka. Wanita seksi memenuhi semua kriteria bentuk tubuh wanita ideal dari sudut pandang kaum pria.

Setelah mengetahui ciri-ciri wanita seksi, cantik atau manis, maka dapat menjawab kategori tipe wanita apakah yang sesuai dengan Anda. Tetapi alangkah baiknya jika Anda masuk kategori tipe wanita yang sesuai dengan kepribadian positif Anda, sehingga bukan hanya dikagumi oleh kaum pria tetapi menjadi individu yang menyenangkan dalam pergaulan.

sumber :: hamsterhead




Ada juga lelaki jenis pantang tercabar, pasti "mengaum" dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar prestasi "mengaum". Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu pantang ke?

Istilah berpantang bagi lelaki juga digunakan dalam perbualan antara lelaki. "Man, bini ko berpantang sampai bila? 3 bulan ko berpantang nampaknya..." (Pantang di sini bermaksud tidak boleh bersama dengan isteri selama isteri berada dalam pantang).

Istilah yang sama juga digunakan dalam perkara sebegini "Aku pantang betul kalau dicabar, memang cari nahas!" (Pantang yang digunakan apabila sesuatu melanggar kesabarannya). Ianya juga digunakan dalam situasi larangan iaitu amaran seperti yang disenaraikan dibawah ini. 11 pantang larang lelaki yang wanita perlu tahu dan jangan mencabarnya.

Menduga kesetiaannya. Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah buat sehabis baik tetapi masih juga dipertikaikan kesetiaannya. Mencabar keputusannya. Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar. Mencabar keegoannya. Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin.

Mengganggu masanya. Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak, menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak mahu diganggu. Menidakkan kepimpinannya. Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah pemimpin yang yang perlu dihormati. Mempersoalkan tindakannya. Kadangkala lelaki tentunya membuat silap. Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka "haus", berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang disukainya.

Memberi arahan kepadanya. Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali mengarahnya perlu dimulakan dengan "Awak boleh tolong saya tak?". Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat membantu. Jangan mengharapkan mereka meminta maaf. Usah berlawan dengan lelaki untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan ucapan maaf amatlah wajar. Maruahnya tercalar. Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu.

Mendustainya. Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada bagaimana wanita membinanya semula. Menghinanya. Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki yang membolehkan mereka bertukar menjadi "hulk". Sebesar mana pun kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.

11 pantang lelaki yang mungkin memberi sedikit panduan bagi wanita untuk menghadapi lelaki atau pun yang susah memiliki lelaki. Walaupun ianya adalah panduan ianya mungkin tidak sama terhadap semua lelaki kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri yang unik.


Sumber:
http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

Ciri-ciri golongan wanita gedik...Ikut gerak hati anda...

Ciri-ciri golongan wanita gedik...Ikut gerak hati anda...




Adakah anda pernah dilabel sebagai perempuan gedik? Atau mungkin anda merasakan bahawa anda seorang wanita yang gedik? Atau seseorang pernah berkata pada anda "Kamu ni gedik sangat lah!". Terdapat kriteria yang mampu melabelkan anda sebagai perempuan yang gedik. Ada wanita berasa selesa dengan gelaran yang diberi, tetapi bagi kebanyakkan orang mungkin gelaran itu sudah menggambarkan sikap anda yang jelik.

Bagaimana mengenalpasti golongan wanita gedik? Apa maksud gedik? Mari kita lihat takrifan gedik di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat). Gedik bermaksud bp = tergedik-gedik lincah (bukan gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Manakala maksud gedik dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan gedik bermaksud , = tergedik-gedik lincah. Jadi apa maksud yang benar? Terketar-ketar atau lincah.

Pada pendapat saya, maksud gedik yang merujuk kepada seorang perempuan atau wanita gedik adalah seperti ciri-ciri golongan wanita gedik yang dikongsikan dibawah ini.

Terkinja-kinja - Tak kira majlis apa pun, dia memang selalu menjadi perhatian. Gelak ketawa dan gurauan berlebihan seperti tidak menghormati tetamu lain. Baginya merasa puas jika dirinya menjadi perhatian. Kadangkala perhatian sebegitu rupa, lama-lama membuatkan orang meluat dengan diri kamu. 

Manja tak bertempat - Depan orang ramai pun dia tak peduli. Perbuatan manja tak bertempat juga membuatkan orang lain "menjeling dengan loya" perbuatan kamu. Jadi perhatikan keadaan sekeliling kamu jika mahu bermanja! 

Suka menonjol - Bermacam cara dilakukan supaya dirinya lebih menonjol daripada orang lain dalam satu-satu keramaian. Menjadi popular dengan cara yang tidak sepatutnya membuatkan kamu layak digelar wanita gedik. 

Mengada-ngada - Bagi sesetengah lelaki, wanita yang mengada-ngada tak tentu pasal juga membuatkan mereka rimas. Jadi jangan mengada-ngada melampaui batas dengan melebih-lebih kerana perbuatan itu membuatkan lelaki menjauhi untuk mendampingi kamu dikhalayak ramai. 

Perasan - Cantik tidak semestinya gedik dan gedik tidak tentunya cantik. Perasaan perasan jika kamu menjadi tumpuan lelaki memang perkara yang perlu dielakkan. Mereka mungkin melihat kearah kamu tapi mungkin mereka suka pada teman kamu. Jadi jangan kamu perasan diri kamu yang mereka bincangkan.

Sebenarnya perbuatan gedik ini mungkin terhasil daripada sifat semulajadi seseorang wanita sejak lahir namun perilaku ini beradaptasi dengan keadaan sekeliling hari demi hari. Jika perbuatan gedik ini tidak dikawal, perilaku gedik ini akan menjadi satu tabiat yang kurang menyenangkan orang disekeliling kamu. Selesakan diri kamu dengan situasi semasa dan jadilah gedik hanya untuk suami kamu sahaja.Bentuklah 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki dalam diri kamu.


Sumber: http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

TIPS PENTING! Seks ketika isteri mengandung..

TIPS PENTING! Seks ketika isteri mengandung..





Ramai juga rakan-rakan bertanya "Boleh ke kita melakukan seks ketika isteri mengandung?" dan ada juga ada yang bertanya "Tak ada "Effect" apa-apa ke?". Lebih kurang macam itulah soalannya. Saya bukan pakar perubatan atau "bomoh" yang boleh jawab secara terperinci tentang perkara ini. Namun saya akan kongsikan serba sedikit maklumat bagi mereka yang belum tahu dan juga kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Bersetubuh atau apa-apapun istilahnya yang penting halal iaitu melakukan hubungan seks bersama isteri anda. Jika si isteri tidak mengandung, hal ini tidak menjadi masalah kecuali si isteri ada penyakit atau datang haid. Selain daripada itu, memang dibolehkan bagi menambahkan kemesraan, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melaksanakan tuntutan batin terhadap si isteri tetapi dengan beradab.

Menurut apa yang dimaklumkan oleh pakar perubatan, jika si isteri disahkan mengandung adalah lebih baik hindarkan hubungan kelamin di awal kandungan telah dikesan. Bukannya tidak boleh tetapi bagi kes yang "hardcore" dikhuatiri boleh menyebabkan kandungan boleh gugur ditambah lagi sekiranya persenyawaan (Embryo) yang terhasil tidak cukup kuat untuk berpaut pada dinding rahim si isteri. Jika mengalami keinginan seks melampau yang tidak terkawal, lakukanlah hubungan kelamin dengan pergerakan yang amat minima dan tidak terlalu rakus. Ditakuti boleh mengakibatkan perkara seperti yang disebutkan tadi.


Berapa kerap anda boleh melakukannya? Sebenarnya bergantung kepada keinginan kedua-dua belah pihak. Tidak tertulis hadnya. Terpulang kepada kemahuan dan kerelaan si isteri. Tetapi jika si isteri tidak sihat, letih, mual-mual akibat kesan sampingan mengandung, berpada-padalah dan faham sahajalah.

Sehingga berapa bulan anda boleh melakukan hubungan seks? Ianya juga tidak mendatangkan masalah kerana jika anda kerap bersama ianya membantu pintu rahim si isteri terbuka dengan kata lain anda telah membantu membina laluan kepada bakal anak anda. Tetapi seelok-eloknya jangan pula melakukan hubungan kelamin di saat si isteri telah sampai saat untuk melahirkan anak. Takut-takut air mani yang masuk terlekat pula di kepala anak.

Walauapapun keadaannya, yang penting fikirkan kesihatan si isteri terlebih dahulu dan berikan "Hint" kepadanya sama ada "Free" atau tidak. Dan kalau boleh jangan terlalu kasar takut-takut sampai membocori dinding tempat anak berlindung. Jangan risau dan jangan khuatir kerana pakar perubatan pun menggalakkannya. Ingat diperingkat awal kehamilan, lakukan dengan berhati-hati, jika dipertengahan kehamilan lakukan secara normal dan dihujung kehamilan perlu lebih berhati-hati. Jika amalkan tips ini InsyaAllah, anak anda selamat di dalam kandungan. Jika berkaitan penyakit lain, bergantung kepada nasihat pakar perubatan.


Sumber: http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

Mengapa cinta pertama sukar dilupakan....



Banyak juga carian dalam Google mengenai tajuk "Mengapa cinta pertama sukar dilupakan". Bukannya apa, takut-takut bila sudah siap entri, sama pula dengan entri orang lain. Harap-harap tak jumpa entri yang sama dengan entri "Mengapa cinta pertama sukar dilupakan" yang saya akan kupaskan seperti dibawah.

Cinta pertama? First Love. Apa maksud First Love? Istilah cinta pertama bukan cinta monyet atau cinta main-main sewaktu kita berada zaman kanak-kanak. Cinta monyet zaman kanak-kanak seperti main kahwin-kahwin atau seumpamanya tidak sepenuhnya menepati maksud sebenar cinta pertama.

Cinta pertama adalah satu cinta hasil daripada perasaan kasih dan sayang anda kepada seseorang dengan sepenuh jiwa dan raga dan meletakkan seseorang itu sentiasa bermain di kotak minda. Perasaan yang sukar digambarkan, berdebar-debar dan seperti mahu menatap wajahnya siang dan malam. Panjang maksudnya kan? 

Mengapa cinta pertama sukar dilupakan? Banyak sebab juga mengapa ianya sukar dilupakan dan saya senaraikan seberapa banyak sebab supaya anda tahu mengapa anda sukar melupakan si dia. 

Seperti lirik lagu Utada Hikaru yang menggambarkan erti cinta pertama melalui lagu First Love - Utada Hikaru berbunyi:

Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori
Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou
You are always gonna be my love
Itsuka dareka to mata koi ni ochite mo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
Tachidomaru jikan ga
Ugokida sotto shitteru
Wasuretakunai koto bakari yo
Ashita no imagoro ni wa
Watashi wa kitto naiteru
Anata wo omotterundarou
You will always be inside my heart
Itsumo anata dake no basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
You are always gonna be my love
Itsuka dareka to mata koi ni ochite mo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
Ever

Mengapa sukar melupakan cinta pertama? Mengapa sukar melupakan cinta pertama adalah kerana perlu diakui bahawa nikmat cinta pertama memang terlalu indah. "Saya sudah cuba tetapi saya masih tidak dapat melupakan dia kerana dia adalah cinta pertama saya" Mungkin ayat seperti ini anda pernah dengar daripada kawan-kawan anda yang telah putus cinta atau dikecewakan. Hal ini disebabkan nikmat kasih sayang pada cinta pertama adalah suci dan lahir semulajadi dari hati yang benar-benar mencintai.
Penangan cinta pandang pertama adalah anda pasti meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan anda dan kebiasaannya anda menganggap cinta pertama dan terkahir hingga ke jinjang pelamin. Begitu banyak janji yang dibuat semasa cinta pertama namun kadang-kadang hampa. Pengalaman cinta pertama juga adalah pengalaman yang manis dalam hidup kita. Manusia memang sukar melupakan pengalaman paling manis dan yang paling pahit dalam hidupnya. Jadi tidak hairanlah cinta pertama tetap kekal hingga kini. 

Seperti yang saya katakan tadi pengalaman pahit yang kita alami pasti akan diabadikan dalam hidup dan menjadi kenangan dan tersemat rapi dalam ingatan. Sakit hati sekalipun anda pasti sukar membuangnya terlalu jauh. Melalui cinta pertamalah anda mengenal erti cinta, melaluinya juga anda mengenal sikap, sifat dan tabiat kaum berlainan jenis, maka anda pasti akan mengingatinya sebagai panduan anda mengenal cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila anda sudah meletakkan sepenuh kepercayaan, anda sudah berjanji sehidup semati, anda telah berjanji setia hingga ke akhirnya, kemudian anda dilepaskan begitu sahaja olehnya, pasti anda mengalami sedikit tekanan jiwa dan perasaan. Melalui perasaan kecewa itu lah anda ingat sampai sekarang.
Jika ada orang mengkhianati anda pastinya anda mengingatinya. Sama lah juga dengan cinta pertama anda. Bermacam janji telah dibuat dan akhirnya semuanya dusta. Pastinya anda akan mengingatinya. Dalam banyak-banyak sebab di atas, bagi saya inilah sebabnya mengapa cinta pertama sukar dilupakan. Cinta pertama memberikan anda lebih banyak kenangan manis walaupun pahit akhirnya. Bila difikirkan balik masa cinta pertama pastu anda terasa seperti "Setiap saat dirasakan indah, Setiap minit mahu merenungnya, biar merenung tanpa kata, setiap pandangan mendebarkan hati, setiap waktu bersama terukir senyuman, setiap malam tidur tiada lena.

Sebab-sebab diatas adalah sesuai bagi terma cinta pertama dan bukan cinta monyet. Jika anda tidak pernah mengalami cinta pertama mungkin sukar anda menggambarkannya. Cinta pertama adalah sangat indah, manakala cinta terakhir pula amat diperlukan.

Walau apapun yang berlaku pada cinta pertama anda jangan lupakan cinta pertama juga pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW kerana cinta kepadanya adalah cinta yang mendatangkan pahala. Sama-sama kita mengingati sesama sendiri. InsyaAllah.


Sumber- http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

BILA LELAKI BERBICARA : Ayat-ayat manis menggoda wanita

 Ayat-ayat manis menggoda wanita.....Buat Lelaki...




Barangkali wanita tidak tahu cara lelaki memikat hati wanita untuk mendapatkan sesuatu secara percuma kan? Ada juga lelaki yang menggunakan ayat manis untuk menjerat gadis, wanita, isteri orang dan seumpamanya. Tahukah bagaimana lelaki menggunakan ayat-ayat manis untuk menggoda wanita?

Banyak taktik yang digunakan dan kadangkala kita tidak terfikir bahawa kita telah terjerumus dalam permainan lelaki dan akhirnya kita menyerahkan segala-galanya. Penyesalan pada akhirnya tidak berguna dan ketahuilah bagaimana ia bermula untuk anda menolaknya dari awal lagi.

Bagaimana ianya bermula? Pertama sekali yang paling utama untuk lelaki memikat wanita adalah mendapatkan pelbagai jenis medium perhubungan dengan anda. Nombor telefone-mail, akaun sosialID chat atau apa-apa yang boleh menghubungkan mereka dengan anda.

Langkah seterusnya pastilah dengan mendekatkan diri dengan anda, dalam erti kata lain 'approach'. Mula-mula berkenalan terlebih dahulu. Mereka akan menguji anda dengan pelbagai soalan yang mudah.

Diantaranya adalah 'Awak duduk dengan siapa?', 'Sorang sahaja di rumah?', 'Tiada orang di rumah?', 'Mana anak-anak?', "Boyfriend tidak marah?', 'Suami ada?'. Soalan ini bertujuan menyemak status anda sama ada berkahwin atau tidak atau sudah berpunya atau tidak. Ini menjamin bahawa mereka tidak buang masa.

Langkah ketiga adalah dengan memberikan soalan cepu emas yang kadangkala anda malas menjawabnya. 'Awak kerja mana?', 'Awak duduk rumah sendiri ke?', 'Awak tak sunyi ke?'. Soalan ini bertujuan untuk mengetahui bahawa anda benar-benar keseorangan dan status kewangan anda. Hati-hati semasa berkata benar. Seeloknya menipu sedikit kerana anda belum kenal siapa mereka sebenarnya.

Langkah keempat adalah dengan menanyakan soalan-soalan sensitif untuk menguji tahap 'open mided' nya anda. 'Ish.. Hujan pulak, sejuk sangat'. 'Sana tak hujan ke? Sini hujan', 'Awak tak boring ke duduk sorang-sorang?', 'Suara awak ni buat saya...', ''Sedapnya suara awak, tak tahan saya mendengar', 'Awak tak ada gambar ke?','Awak nak tengok muka awak...'. Soalan ini untuk memastikan respons anda berkenaan soalan yang ditanya. Jika anda melayannya maka mudahlah untuk mereka melangkah lebih jauh.

Langkah kelima adalah dengan mengajak anda keluar berjumpa, atau yang paling miskin pun mengajak anda ke laman sembang secara langsung (Online Chat) atau ada juga mula mengajak anda membicarakan isu-isu sensitif seperti 'Awak pakai apa malam-malam ni?' menggunakan telefon.

Langkah keenam? Anda tertewas. Masa yang diperlukan untuk membuatkan anda terjerat bergantung kepada bagaimana anda melayan mereka. Jika anda memberikan respons yang baik, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sesuatu dari anda. Jika anda kurang memberikan respons maka waktu yang lama diperlukan. Jika respons anda tidak menggalakkan bagi mereka maka lama kelamaan anda akan hilang hubungan dengan mereka.

Berwaspadalah dengan apa yang datang kepada anda kerana jenayah tidak memilih sesiapa. Jika tersilap langkah, muka anda pasti terpampang di dada akhbar. Segala yang dikongsikan di sini untuk kepentingan bersama.

Sumber: http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

13 Bahagian Tubuh Wanita yang Dijamin Menggoda Pria ...

13 Bagian Tubuh Wanita yang Dijamin Menggoda Pria... 


Penilaian pertama pria tentang wanita pastinya tentang fisik. Apa saja yang dilirik pria dan apa saja yang bisa membuat pria tergoda. ...

Cinta pada pandangan pertama memang bukan basa-basi. Menurut survey, seseorang membuat penilaian fisik tentang orang lain pada 10 detik pertama. Empat menit selanjutnya, orang akan membuat penilaian tentang hal-hal lainnya.

Dilansir datingsas, pria-pria buka mulut soal bagian mana dari tubuh wanita yang membuat mereka tergoda. Hasilnya, bisa dipelajari para wanita untuk memikat para pria. Ini dia bagian tubuh wanita yang akan membuat wanita tergoda, berdasarkan urutannya.

1. Tubuh Atletis
Pria menyukai wanita yang bertubuh atletis karena dalam pandangan mereka pasti wanita tersebut mampu menjadi ibu yang baik. Dengan tubuh yang fit, si wanita tentu akan mampu menjalani hari-harinya sebagai ibu dan mengerjakan berbagai tugas rumah tangga. Wanita bertubuh atletis juga diyakini mampu melindungi dirinya dari bahaya.

2. Payudara Padat Berisi
Bagi para pria, payudara wanita paling indah ada pada rentang usia awal 20 tahunan. Favorit mereka adalah payudara padat berisi persis yang ada di majalah-majalah pria atau iklan-iklan pakaian dalam.
Jika Anda tidak memiliki payudara padat berisi jangan sedih dulu. Menurut hasil penelitian, pria menyukai payudara tanpa mempedulikan bentuknya. Tidak masalah apakah payudara tersebut berukuran kecil ataupun besar, pria pasti tertarik pada payudara wanita.
Satu lagi fakta tambahan mengapa pria menyukai payudara wanita adalah karena di sekitar puting wanita ada bagian bernama aerola. Pada saat berhubungan seks, aerola akan mengeluarkan bau yang menggoda pria. Itu lah sebabnya, pria senang bermain-main dengan payudara ketika berhubungan seks.

3. Kaki Jenjang
Ketika seorang wanita beranjak remaja, kaki mereka akan bertambah jenjang. Nah, di mata pria, kaki yang panjang menandakan kedewasaan wanita.
Banyak wanita berkaki panjang menyadari kelebihan tersebut. Biasanya mereka menggunakan sepatu hak tinggi atau rok mini untuk semakin menonjolkan keseksian kakinya.
Pria juga senang ketika wanita menggunakan hak tinggi. Sepatu yang mudah bikin kaki pegal tersebut menurut pria membuat kaki wanita tambah seksi, membuat bokong dan bagian belakang wanita semakin menarik.
Lucunya, ketika masa subur atau menstruasi, wanita secara instingtif merasa ingin menggunakan rok mini atau pakaian-pakaian yang menggoda pria.

4. Pinggang yang ramping
Bentuk tubuh jam pasir sejak dulu menjadi idola wanita. Sejak lima abad silam, wanita berusaha keras mewujudkan bentuk tersebut lewat bentukan korset, diet ketat, sampai operasi plastik. Semakin segaris pinggul dengan pinggang membuat pria semakin tertarik. Terkesan wanita tersebut banyak menimbun lemak sehingga secara reproduktif kurang subur.
5. Bokong yang bulat
Bokong bulat yang penuh dipastikan membuat mata pria tak bisa berpaling. Bokong wanita memiliki banyak fungsi, seperti menyimpan lemak untuk menyusui dan tempat menumpuk energi untuk saat-saat tertentu. Inilah mengapa banyak orang menganggap semakin besar bokong semakin menarik wanita tersebut.
Zaman dahulu wanita berusaha keras membuat bokongnya terlihat semakin besar. Tapi tidak demikian kini, bokong besar malah seperti menandakan tubuh yang kurang sehat.
6. Perut Ramping
Pastinya ini bukan kejutan lagi, perut ramping akan membuat pria jatuh cinta. Mengapa? Pertama, karena jelas perut ramping menandakan wanita tersebut tidak hamil. Lalu apalagi? Menurut para pria perut ramping menandakan wanita tersebut pandai merawat diri dan peduli akan kesehatannya.
Perhiasan di perut, seperti tindik di perut atau rantai di sekitar perut menurut pria membuat perut semakin seksi. Rantai tersebut membuat pinggul wanita tampak lebih besar sekaligus merampingkan pinggang.
Itu saja? Tentu tidak, masih ada tujuh hal lagi yang pasti membuat pria langsung jatuh hati. Tunggu artikel selanjutnya!

7. Leher Jenjang
Leher pria umumnya pendek, lebar, dan kokoh. Secara historis, leher semacam itu berguna untuk membawa benda-benda berat, seperti binatang hasil buruan.
Nah, karena itu leher jenjang wanita membuat pria terpesona. Leher jenjang dianggap sebagai tanda kewanitaan yang sangat menggoda, membuat pria senang mencium dan menghiasinya dengan perhiasan.

8. Wajah Ramah
Diam-diam pria mengidolakan wanita yang berwajah sedikit kekanak-kanakan dan penuh senyum. Wajah mungil, dagu kecil, rahang yang elegan, tulang pipi tinggi, bibir penuh, dan mata besar merupakan ciri-ciri wajah favorit pria.
Wajah seperti ini membuat pria secara instingtif ingin melindungi dan memberi kasih sayang. Wajah yang lebih muda memang akan membuat pria tergoda. Karena itu tak heran jika jasa facelift dan operasi plastik cukup sering digunakan oleh wanita-wanita yang mulai keriput.

9. Mulut yang Sensual
Manusia adalah satu-satunya mahluk hidup yang bibirnya berada di bagian luar. Ketebalan bibir wanita sama dengan vaginanya. Kedua bagian tubuh ini akan bereaksi dan dipenuhi oleh aliran darah ketika dalam keadaan terangsang.
Pria menyukai wanita yang berbibir penuh dan sensual. Untuk wanita yang tidak memiliki bentuk bibir demikian jangan khawatir. Dengan bantuan lipstick merah menyala, para pria juga bisa tergoda. Tapi penggunaan make-up yang berlebihan juga berbahaya karena bisa membuat pria-pria berebutan menggoda dan memicu permusuhan dengan wanita lainnya.

10. Daun Telinga
Telinga wanita juga memiliki peran penting dalam menggaet pria. Bagian telinga tempat wanita memasang anting-anting adalah bagian favorit pria. Panjangnya bagian tersebut menurut beberapa pria membuat wanita makin seksi.
Beberapa wanita primitif bahkan dengan sengaja memperpanjang bagian tersebut untuk menarik hati pria. Sekarang wanita sudah lebih pandai untuk mengakali bagian tersebut. Anting-anting model panjang dan menarik perhatian jadi pilihan wanita untuk membantu membuat bagian tersebut terlihat lebih menarik. Tapi hati-hati anting-anting yang terlalu besar malah akan merusak telinga.

11. Mata Besar
Pria umumnya mengagumi mata besar. Karena itu tak heran jika penata rias selalu menonjolkan bagian mata pada tata rias seseorang.
Pria bukannya menyukai mata besar wanita tanpa alasan yang jelas. Menurut mereka mata semacam itu membuat para pria merasa terlindungi.

12. Hidung mungil
Secara umum, pria menyukai wajah wanita yang imut seperti anak-anak. Wajah tersebut membuat pria merasa ingin melindungi. Begitu juga dengan hidung, pria sangat menyukai wanita yang berhidung mungil.

13. Rambut Panjang
Sehelai rambut bisa hidup hingga enam tahun, setiap harinya seseorang bisa kehilangan 80-100 helai rambut. Untuk pria bule, rambut pirang dianggap menarik karena wanita terkesan feminim dan subur.
Namun apapun warnanya, pria menyukai rambut yang bersih dan berkilat. Rambut tersebut menandakan wanita tersebut bersih dan rajin merawat diri. Selain bersih, menurut sebuah survey, 75% pria lebih tertarik pada wanita yang berambut panjang.

Sumber: detikcom
http://www.untukku.com/