Ada juga lelaki jenis pantang tercabar, pasti "mengaum" dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar prestasi "mengaum". Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu pantang ke?
Istilah berpantang bagi lelaki juga digunakan dalam perbualan antara lelaki. "Man, bini ko berpantang sampai bila? 3 bulan ko berpantang nampaknya..." (Pantang di sini bermaksud tidak boleh bersama dengan isteri selama isteri berada dalam pantang).
Istilah yang sama juga digunakan dalam perkara sebegini "Aku pantang betul kalau dicabar, memang cari nahas!" (Pantang yang digunakan apabila sesuatu melanggar kesabarannya). Ianya juga digunakan dalam situasi larangan iaitu amaran seperti yang disenaraikan dibawah ini. 11 pantang larang lelaki yang wanita perlu tahu dan jangan mencabarnya.
Menduga kesetiaannya. Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah buat sehabis baik tetapi masih juga dipertikaikan kesetiaannya. Mencabar keputusannya. Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar. Mencabar keegoannya. Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin.
Mengganggu masanya. Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak, menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak mahu diganggu. Menidakkan kepimpinannya. Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah pemimpin yang yang perlu dihormati. Mempersoalkan tindakannya. Kadangkala lelaki tentunya membuat silap. Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka "haus", berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang disukainya.
Memberi arahan kepadanya. Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali mengarahnya perlu dimulakan dengan "Awak boleh tolong saya tak?". Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat membantu. Jangan mengharapkan mereka meminta maaf. Usah berlawan dengan lelaki untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan ucapan maaf amatlah wajar. Maruahnya tercalar. Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu.
Mendustainya. Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada bagaimana wanita membinanya semula. Menghinanya. Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki yang membolehkan mereka bertukar menjadi "hulk". Sebesar mana pun kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.
11 pantang lelaki yang mungkin memberi sedikit panduan bagi wanita untuk menghadapi lelaki atau pun yang susah memiliki lelaki. Walaupun ianya adalah panduan ianya mungkin tidak sama terhadap semua lelaki kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri yang unik.
Sumber:
http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment