Pages

Tuesday, 13 December 2016

Amukan Durian Tidak Masak, Peniaga Maut Ditikam Pembeli

Amukan Durian Tidak Masak, Peniaga Maut Ditikam Pembeli



BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos — Seorang pembeli durian mengamuk, lalu menikam penjualnya gara-gara sebiji buah yang didakwa tidak masak tetapi tidak diganti baru.

Ong Ting San, 61, cedera parah di rusuk dan belakang akibat tikaman seorang lelaki pada jam 5 petang kelmarin berhampiran gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok di sini.

Peniaga itu lari ke rumah berdekatan untuk menyelamatkan diri sewaktu diserang dengan pisau. Mangsa mati kira-kira lima jam kemudian di Hospital Seberang Jaya, lapor Harian Metro hari ini.




Insiden itu dikatakan tercetus apabila suspek, 60 tahun, yang tinggal berdekatan dan mengenali peniaga itu membeli beberapa biji durian beberapa hari sebelumnya.

“Lelaki berkenaan mendakwa satu daripada durian dibelinya belum masak dan tidak boleh dimakan menyebabkan dia mahu menukarnya.

“Bagaimanapun, mangsa meminta lelaki berkenaan memulangkan semula buah itu sebagai bukti sebelum diganti dengan durian lain,” kata saksi, yang enggan dikenali.

Namun suspek gagal menunjukkan buah yang tidak masak tersebut, lalu peniaga itu enggan menggantikan buah baru.

Suspek ditahan ketika menyerah diri di ibu pejabat polis Seberang Perai Tengah jam 1.15 petang semalam.
-themalaymailonline.com


No comments:

Post a Comment