Pages

Sunday, 18 December 2016

Pencerahan! Berita Palsu Kad ATM Lama Tidak Berfungsi Jika Lewat Tukar...

Pencerahan! Berita Palsu Kad ATM Lama Tidak Berfungsi Jika Lewat Tukar...



Berita palsu kad debit ATM lama tidak berfungsi jika lambat ditukar sebelum penghujung Disember 2016. Seperti sedia maklum, penggunaan kad debit ATM lama kini tidak boleh menggunakan transaksi secara online memandangkan pengunaan teknologi kad debit sudah tidak selamat. Oleh itu, pihak bank menyekat semua akses transaksi online melibatkan kad debit bermula januari 2017. Demi keselamatan, pihak bank mewajibkan semua pengguna kad ATM Debit untuk menukar kepada chip teknologi baharu dikenali sebagai “Pay Wave” yang berakhir pada hujung Disember 2016.


Untuk makluman anda, transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar.
Kad ATM adalah kad yang belum upgrade kepada status Debit Card. Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER dan ada tarikh luput 5 tahun. Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

Kebanyakan bank-bank telah buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya Bank Islam sahaja mengenakan caj RM12.72.


Fakta Penting Jika Kad ATM Lama Lewat Ditukar


1. Kad ATM Lama masih berfungsi dan mengeluarkan duit di mesin ATM

2. Kad debit lama kini sudah dinaik taraf kepada kad debit “PayWave”

3. Cas RM12.70 bukan denda tapi cas semasa dikenakan oleh Bank untuk proses ganti kad baharu

4. Kad debit ATM lama akan disekat untuk buat transaksi online bermula Januari 2017.

Sumber: melvister.com

No comments:

Post a Comment