Pages

Monday, 12 December 2016

(Bikin Panas) Anak Yazit Gelar Amy Search Sebagai "Anjing"

(Bikin Panas) Anak Yazit Gelar Amy Search Sebagai "Anjing"


Satu kontroversi telah berlaku antara penyanyi Search iaitu Amy dan juga anak pemain drum, Yazit Search.

Amy Search dilihat kecewa dengan tindakan anak perempuan Yazit yang menggelarnya sebagai anjing di Facebook.

Anak Yazit itu bernama Sheeqa Yazit telah menulis komen berkenaan di ruang Facebook dan mendapat perhatian ramai.

Bagi Amy ianya merupakan satu perbuatan yang biadap dan langsung tiada rasa hormat.

Ini rentetan bagaimana kisah ini bermula, jom baca:

1) Amy sebelum itu memuat naik video persembahan Search di pentas Kampung Mak Cun sempena pameran MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), baru-baru ini.

2) Dalam video berkenaan, Amy turut memuat naik status mengenai persembahan ‘tribute’ yang dilakukan seseorang penyanyi atau kumpulan tidak perlulah meniru gaya penyanyi asalnya dan lebih elok jika tampil dengan cara tersendiri yang lebih asli.

3) Komen itu ditujukan kepada kumpulan "Retro Spektif" yang membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu Search.

4) Bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan "Retro Spektif" kemudian memuat naik status di Facebook menafikan kenyataan Amy.

5) Dalam masa sama, Sheeqa memuat naik komen di akaun Facebook anggota kumpulan itu dengan menulis, “sapa yang menyalak mcm anjing ini?” yang dipercayai ditujukan kepada Amy.


Ini komen balas Amy:

"Menerusi video yang dimuat naik, saya hanya menegur gaya dan persembahan kumpulan Restro Spektif yang menyanyikan lagu-lagu Search.

"Saya langsung tidak mengutuk dia dan terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. 

"Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain,”

"Dia sangat kurang ajar. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia menghina saya. Sebelum ini dia pernah menyindir ibadah yang saya lakukan.

"Bagi saya, rasa hormat adalah perkara paling asas yang perlu ada dalam setiap individu,"


Itulah komen respon balas Amy tentang perkara berkenaan.

Sebelum ini hubungan Amy dan juga Yazit dilihat tidak baik dan beberapa kali terlibat dalam pertelingkahan

beritamemey

No comments:

Post a Comment