Pages

Tuesday, 6 December 2016

Imam Masjid Dedah Kejadian PELIK Jenazah Jutawan Popular Shah Alam Bertukar Jadi Babi !!!

Imam Masjid Dedah Kejadian PELIK Jenazah Jutawan Popular Shah Alam Bertukar Jadi Babi !!!





Imam Masjid Dedah Kejadian PELIK Jenazah Jutawan Popular Shah Alam 
Bertukar Jadi Babi !!! | Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat
 percaya dengan kisah2 
mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih dahulu. 
Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la yg melayu suka dengar. 
Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan Shah Alam bertukar menjadi babi hutan 
lalu ditanam dibelakang rumahnya oleh seorang ustaz tu… bila ditanya balik ada tak ustaz 
lapor polis sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor polis utk dptkan 
surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan orang hilang tak? sedangkan
yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu buat derk jer .. nampak sgt di malaysia ni 
bertebaran ramai jenis ‘ustaz jadian’ jaja cerita utk penyedap isi ceramah. 
Baca cerita ustaz tak bertanggungjawab tu di bawah.
Gempar. Mayat seorang ahli perniagaan dari Shah ALam, dekat sini telah berubah 
rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam menghembuskan nafa terakhir
 Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri ), di sini, 
Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan kejadian aneh itu berkata ia disaksikannya
 sendiri tahun lalu.
“Pada hari itu kira-kira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan talipon daripada 
seorang lelaki meminta bantuan untuk mengendalikan mayat seorang ahli perniagaan
 di Shah Alam. Oleh kerana jarak yang agak jauh ( hampir 30 kilometer), saya bertanya 
kepada lelaki tersebut, tidak adakah orang lain yang lebih dekat yg boleh 
menguruskannya?” Lelaki itu , kata Kamal bagaimana pun memintanya datang ke 
kediaman ahli perniagaan itu yg terletak di kawasan perumahan elit dgn segera. 
“Oleh kerana dia hampir mendesak, saya pun bergegas ke rumah lelaki itu seorang
 diri dengan menaiki van masjid. Saya sampai di sana kira-kira setengah jam kemudian,”
 katanya.
Menurut Kamal yg ditemui di rumahnya di Seksyen 10, di sini, minggu lalu, dia disambut
 oleh seorang lelaki tua yang pada mulanya disangka ayah simati. “Lelaki itu menjelaskan
 kpd saya dia hanya tukang kebun. Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada pula 
seorang wanita tua tukang masak. Hanya mereka berdua yg ada di dalam rumah itu
pada masa itu,” katanya.
Melihat keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut ke mana 
menghilangnya anggota keluarga simati. “Saya diberitahu anak-anak simati telah pun 
pulang ke rumah masing-masing menjelang waktu maghrib sebelumnya. Mereka memberi
 alasan tidak boleh menunggu di situ kerana hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam 
muda itu.
“Saya pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini bolehlah 
dianggap sebuah keluarga yang porak-peranda jika begitu sikap anak-anak si mati pada 
hari kematian ayah mereka,” tambahnya. Dia yang berpengalaman lebih tiga tahun 
dalam bidang pengurusan jenazah sejak menuntut di University Al-Azhar, Mesir, 
beberapa tahun lalu meminta izin untuk melihat mayat berkenaan.
“Saya dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa melihat mayat 
seorang lelaki berusia lengkungan 50-an yg tubuhnya agak sasa terbujur kaku tanpa 
sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya meminta kain kepada lelaki tukang kebun dan
 kain itulah yg saya gunakan untuk menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan 
kenapa mereka membiarkan tubuh si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya.
 “Takkan kain nak tutup mayat pun tidak ada,” katanya.
Selang beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab suci Al-Quran
 di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu Subuh. “Saya terpaksa tunggu
 waktu Subuh dengan harapan hendak mendapatkan bantuan daripada jemaah sebuah
 masjid yang berhampiran.” “Ini kerana dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak 
yakin mampu menguruskannya seorang diri,” ujarnya.
Bagaimana pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiap-siap hendak keluar 
ke masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah berlaku. “Saya ternampak
 seolah-olah ada benda sedang bergerak di bawah kain yg menutupi mayat itu. Namun 
untuk terus membukanya, saya tidak berani, ujarnya.
Selang kira-kira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah kain itu 
berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut. “Alangkah terkejutnya 
saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi
bangkai seekor khinzir(babi) hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan
 takdir Allah,” katanya.
Melihat kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan lututnya terasa begitu
 lemah. “Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan memberitahunya kejadian
tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal sikap dan tindak tanduk majikannya itu 
yang mungkin boleh dijadikan andaian sebagai punca kejadian itu,” katanya.
Menurut Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh korporat
itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun bercampur gaul 
dengan jemaah ‘rumah Allah’ itu malahan bersikap anti kepada sebarang kegiatan 
yang bercorak agama.
“Ini semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab yang menjadi 
punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir,” katanya lagi. Menyambung ceritanya, 
imam muda itu berkata oleh kerana keseluruhan tubuh badan lelaki itu telah bertukar 
menjadi khinzir, maka dia pun mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu 
sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap manusia.
“Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh mayat itu berupa 
khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis berat). Nak pegang pun tak boleh…,”
tegasnya. Kalau setakat separuh manusia, separuh haiwan boleh saya 
usahakan lagi menyempurnakan setakat mana yang patut,” tambahnya.
Oleh yang demikian, kata Kamal dia bersama-sama tukang kebun itu kemudian 
menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke belakang rumah. “Di sana, kami gali
 lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana yang biasa dilakukan orang terhadap
 bangkai binatang,” ujarnya. ( Petikan: Mingguan Warta Perdana )
Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan 
kisah2 mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih 
dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la yg melayu suka 
dengar. Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan damansara bertukar menjadi 
babi hutan lalu ditanam dibelakang rumahnya oleh seorang ustaz tu… bila ditanya balik
 ada tak ustaz lapor polis sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor 
polis utk dptkan surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan orang
 hilang tak? sedangkan yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu buat derk jer ..
 nampak sgt di malaysia ni bertebaran ramai jenis ‘ustaz jadian’ jaja cerita utk penyedap
 isi ceramah.
Sumber : h2m9363

No comments:

Post a Comment