'Isteri Dah Tak Sayang Saya' - Lelaki Ugut Terjun Dari Bumbung Rumah
KUANTAN - Hanya kerana isteri sudah tidak menyayanginya lagi, seorang lelaki nekad mahu terjun dari bumbung sebuah rumah inap desa di Jalan Alor Akar, semalam, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang itu, lelaki berusia 30-an itu duduk di atas bumbung rumah dan mengugut mahu terjun beberapa kali.
Pihak Bomba dan Penyelamat Kuantan dipanggil untuk membantu memujuk lelaki terbabit. Namun lelaki itu tidak mengendahkan usaha beberapa anggota bomba yang cuba memujuknya. Sebaliknya dia berulang kali menegaskan bahawa dia mahu mati dan terjun.
Ekoran itu, pihak bomba terpaksa merapatkan jentera mereka di tepi rumah sebagai langkah keselamatan dan memudahkan anggota menghampiri lelaki itu. Malah anggota wanita juga turut digunakan bagi memujuk lelaki itu.
Akhirnya lelaki itu termakan pujukan dan mula turun ke arah jentera bomba sebelum menuju ke bahagian depan trak dan terjun. Bagaimanapun, pihak polis pantas menyambutnya.
Difahamkan lelaki itu bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga yang dihadapinya. - The Reporter

No comments:
Post a Comment