Pages

Saturday, 10 December 2016

Kisah Benar Wanita Berhijab Ini Tidak Boleh Pijak Di Masjidil Haram. Ramai Terkedu Dengan Apa Yang Terjadi

Kisah Benar Wanita Berhijab Ini Tidak Boleh Pijak Di Masjidil Haram. Ramai Terkedu Dengan Apa Yang Terjadi




Sedikit perkongsian dari admin menceritakan tentang mengapa wanita ini tidak boleh pijak ke Masjidil Haram. Apakah sebabnya jadi sampai macam tu?

Sudah lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana.

Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.

Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya.Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.

Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan.Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.

Macam Kandang B@bi

TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel,akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. Hotel ni macam kandang b@bi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni! jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.


Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu,akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama.Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.

Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.

Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu.Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya kotor semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.

Gagal Pijak Masjidilharam

SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam.Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.

Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu.Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu.

Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang,barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik dibersihkan dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.

Akibat Alih Batu Sempadan

PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini.Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan mencuri hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.

Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi.Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.

Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini.Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci.

Oleh kerana itulah saya wujudkan program Kembara Taubat Di Bumi Anbia yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.-kisahviral16.blogspot.my 

No comments:

Post a Comment