Pages

Tuesday, 13 December 2016

Mahathir Akui Kesalahannya Dan Mohon Maaf Akhirnya..

Mahathir Akui Kesalahannya Dan Mohon Maaf Akhirnya..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

"Saya ingin memohon maaf atas pindaan kepada perlembagaan itu, yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang

"Ia kelihatan (oleh) kerana pindaan itu, (Akta Majlis) Keselamatan Negara yang baru, telah mula berkuatkuasa, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya," tulis Mahathir dalam blognya sejurus selepas tengah malam tadi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, masih memerlukan tandatangan baginda.

Akta MKN memberi perdana menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.




Pengkritik berkata ia serupa dengan mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya Yang di-Pertuan Agong boleh lakukan.

Pada tahun 1994, kerajaan yang diterajui Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Senat untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.

Kemudian, mengikut warta negara, Rang Undang-Undang MSN secara automatik diperkenankan pada hari berikutnya, pada 18 Februari, sepertimana pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu.

Rang undang-undang itu telah diwartakan menjadi undang-undang pada bulan Jun, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu lapor Malaysiakini

No comments:

Post a Comment