Pages

Friday, 9 December 2016

"Memang Betul Dia Belum Berkahwin.. Sebenarnya Yg Menjadi Punca Saya Batalkan Perkahwinan Adalah Disebabkan Ini..."! Makin Panas! Tidak Tahan Disoal Akhirnya Fafau Terpaksa Berlaku Jujur Dedahkan Punca Sebenar

"Memang Betul Dia Belum Berkahwin.. Sebenarnya Yg Menjadi Punca Saya Batalkan Perkahwinan Adalah Disebabkan Ini..."! Makin Panas! Tidak Tahan Disoal Akhirnya Fafau Terpaksa Berlaku Jujur Dedahkan Punca Sebenar




fara Fauzana terus mengunci mulut dan enggan berkongsi punca pembatalan perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, biarpun didesak wartawan yang menunggunya seawal jam 9 pagi pada Bengkel Sekolah Radio iM4U di sini, sebentar tadi. 

Sebaik bengkel yang diadakan di iM4u Central di sini, berakhir, penyampai radio dan hos popular itu bergegas menuju ke kereta sambil meminta wartawan merujuk semula kenyataan akhbar berhubung pembatalan pernikahan yang dikeluarkannya, Ahad lalu. Fara berkata, tiada apa yang perlu diulas kerana semuanya sudah dijelaskan melalui kenyataan akhbar terbabit. "Semua ini ketentuan Allah dan segala-galanya sudah dijelaskan. 

Terima kasih kerana menyokong saya," katanya sebaik menuju ke kenderaan yang menunggunya di luar Dewan Serbaguna iM4u Sentral, di sini. Fara yang diiringi ketat enam pengawal, kelihatan tenang sebaik bertemu sekumpulan media yang menunggunya sejak awal pagi. Malah, hos berusia 36 tahun itu enggan menjawab pertanyaan bertubi-tubi yang dikemukakan termasuk dakwaan Mohamed Hafiz bahawa Fara tahu punca sebenarnya perkahwinan mereka dibatalkan. 

"Tiada apa yang saya mahu cakapkan lagi. Saya kena pergi sekarang... Terima kasih," katanya ringkas Semalam, Mohamed Hafiz menafikan laporan sebuah akhbar yang menyebut dia sudah berkahwin. 

Pada sidang media yang dikendalikan Fara secara sendirian pada 1 Ogos lalu, pasangan ini sepatutnya disatukan di Dewan Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling Jaya, pada 17 September ini. Namun, tidak sampai dua minggu majlis berlangsung, Fara membatalkan perkahwinannya tanpa memberi sebarang sebab.

Sumber : Beritatanpaiklan

No comments:

Post a Comment