Pages

Saturday, 10 December 2016

SUBHANAALLAH.....Video Bayi Ketagih Dadah Sejak Lahir Dikritik Ramai

SUBHANAALLAH.....Video Bayi Ketagih Dadah Sejak Lahir Dikritik Ramai



Oleh Laman Youtube AJ+


Ibu hamil biasanya sangat berhati-hati dalam mengambil ubat-ubatan tertentu ketika diserang penyakit.  Ini kerana kita semua cukup sedar akan bahaya dadah yang mampu menjejaskan kandungan. Namun, pernahkah anda terfikir yang bayi ini mungkin akan menjadi ketagih dadah?
Apa yang mengejutkan ialah, terdapat seramai 130,000 bayi di Amerika Syarikat telah dilahirkan dalam keadaan bergantung kepada dadah sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Video yang dimuatnaik oleh saluran Youtube AJ+ bertajuk “These Babies Were Born Addicted To Drugs” ini baru dimuatnaik pada 9 Disember dan sudahpun mendapat lebih 63 juta ‘views’ di laman Facebook mereka. Ia dihujani pelbagai kritikan daripada masyarakat, terutamanya para ibu serta golongan wanita.
Ia mendedahkan bagaimana bayi yang dilahirkan oleh penagih dadah juga mengalami ketagihan, seperti ibunya. Sangat memilukan apabila melihat bagaimana kaki bayi tersebut menggigil akibat ketagihan dadah jenis opiad (seperti heroin).
Clorissa Jones, ibu kepada dua orang bayi comel yang ketagih dadah membuat pengakuan bahawa dia sedang mencucuk heroin ketika hampir melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, dia kini mendakwa sudahpun ‘bersih’ daripada pengaruh dadah manakala anaknya, Braxton semakin pulih.

No comments:

Post a Comment