Pages

Tuesday, 6 December 2016

'Super Kreatif Anak Akak Ni!'

'Super Kreatif Anak Akak Ni!'


KUALA LUMPUR - Viral gambar sebuah kereta diconteng dengan lukisan dipercayai 
dilakukan oleh anak kepada pemilik kenderaan tersebut, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Muhamad Fahmi itu membuatkan ramai netizen geli hati. 
Mana tidaknya, hanya mereka yang berhati kental saja sanggup memandu kereta yang 
penuh dengan lukisan seperti itu. 

"Saya tak kenal akak tetapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif. Saya 
percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif. Saya salute!" kata Fahmi. 

Menurut Lokman Aziz, jiran kepada pemilik kenderaan tersebut, anak kepada pasangan ini 
sememangnya nakal. Namun mereka tetap memberi layanan yang baik kepada si kecil itu. 

"Jiran aku ni, anak dia nakal. Tetapi ayah dia terbaik. Bila balik kerja, penat-penat pun pakai
 baju kemeja melayan anak petang-petang main badminton bersama-sama. 
Kadang-kadang masa main, client call," katanya. 

Sementara itu, netizen mengambarkan lukisan yang dilukis itu jelas sekali menunjukkan 
bahawa mereka adalah sebuah keluarga bahagia. 

"Jangan marah anak-anak anda andai mereka terlebih kreatif. Itu menandakan yang 
anak-anak anda seorang yang genius. Untung sangat-sangat, mana ada kereta orang lain 
seperit itu. Hanya kereta anda sahaja, patut bangga." kata Cikgu Are Long. 

"Tak apalah kak. Semua itu kenangan yang tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. 
20 tahun lagi tak akan ada dah anak-anak kita yang akan buat benda seperti ini sebab 
mereka dah besar. 

Masa itu pasti akak akan merindui saat ini," kata Ida Joe. 

Anda bagaimana? - The Reporter

No comments:

Post a Comment