Pages

Tuesday, 13 December 2016

TERKINI !! PUNCA SEBENAR KENAPA UQASHA SENROSE AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK LAGI BERHIJAB.. MENGEJUTKAN

TERKINI !! PUNCA SEBENAR KENAPA UQASHA SENROSE AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK LAGI BERHIJAB.. MENGEJUTKAN





KUALA LUMPUR: "Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan."

Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab. 

Akui pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap. 

"Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. 

"Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi. 

"Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai," katanya ketika ditemui di sini, petang ini. 

Pada pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal. 





Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama. 

"Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," katanya.

Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen. 

Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan. 

Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.

No comments:

Post a Comment