WAJIB TAHU !!! INILAH SEBAB KENAPA ALLAH MEMILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL DI AKHIR ZAMAN.
Nabi Isa turun ke bumi untuk yang kedua kalinya di menara putih Damsyik, Hal ini juga telah dijelaskan secara jelas dalam hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim. Dalam hadis telah disebutkan bahawa Isa akan diturunkan semula di atas menara putih Damsyik dan kedua tangannya akan memegang bahu kedua malaikat yang mendampinginya. Nafas Isa tidak boleh dicium oleh orang-orang pengikut Dajjal dan Isa akan mencari serta membunuh Dajjal di pintu Lud. Setelah berjaya membunuh Dajjal, Isa pergi untuk mendatangi suatu kaum yang dilindungi oleh Allah dari Dajjal dan dia menceritakan kepada kaum yang dilindungi Allah itu akan darjat mereka kelak di syurga.
Kenapa Allah pilih Nabi Isa untuk hancurkan Dajjal? Kemunculan Isa di bumi ini adalah untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Isa akan muncul kedua kalinya sebagai pengikut Nabi Muhammad. Hal ini telah dijelaskan dalam hadis Nabi iaitu selepas berjaya membunuh Dajjal, Isa akan pergi ke Al-Quds dan dia akan solat di belakang seorang imam muslim. Tidak hanya itu saja, Isa akan mematahkan seluruh salib yang ada di dunia ini, membunuh babi, dan menghapuskan jizyah.
Salib dihancurkan dan dimusnahkan oleh Nabi Isa adalah kerana:1. Umat Nasrani menganggap bahawa Isa putra Maryam bukanlah Nabi, melainkan Tuhan anak Allah, dan Siti Maryam adalah isteri Allah.Kaum Nasrani menganggap bahawa Isa putra Maryam pernah dibunuh pada zaman Raja Harduwis atas persetujuan para pendeta Yahudi, lalu mayatnya dipalang pada kayu salib yang ada dalam gereja Nasrani yang ditubuhkan oleh Sang Ratu Hailanah yang berada di Baitul Maqdis (Yerussalem) daerah Palestin, setelah mayat tersebut hidup semula pada salib.Setelah lebih dari 328 tahun lahirnya Nabi Isa As, kaum Nasrani mula mengadakan perayaan hari raya salib sampai zaman sekarang ini.
Kemunculan kembali Isa ini untuk menepati janjinya kepada umat Kristian dan Yahudi. Dalam kitab mereka telah tertulis bahawa akan datang seorang juru selamat atau sang messiah pada akhir zaman untuk mendirikan kerajaan Tuhan. Nabi Isa kembali untuk menepati janjinya dan Baginda adalah sang messiah itu yang akan mendirikan kerajaan Tuhan, iaitu kerajaan Allah, sehingga kelak semua umat manusia akan memeluk agama Islam. Inilah kisah Nabi Isa A.S. membunuh Dajjal dan menjadi hakim adil yang akan membawa seluruh umat manusia ke jalan yang benar.
Menurut hadis Nabi, Isa akan memimpin umat manusia dalam kurun waktu 40 tahun lamanya dan pada masa itu tidak akan ada lagi agama lain selain agama Islam.Itulah beberapa maklumat seputar jawaban Kenapa Allah SWT Pilih Nabi Isa Untuk Membunuh Dajjal.
No comments:
Post a Comment