Tuesday 6 December 2016

HATI2 RIDERS Menggunakan KESAS ...KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya.....

HATI2 RIDERS Yang Menggunakan KESAS ...KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya.....





















KESAS Laluan Menakutkan.. Ini SebabnyaKesas Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung 
perbuatan khianat dan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak 
bertanggungjawab di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam (LSA) awal pagi semalam.


Kesas dalam kenyataan hari ini berkata gambar perbuatan khianat itu turut diserahkan kepada polis untuk
 siasatan.

“Kejadian yang berlaku sebenarnya telah ditemui sewaktu rutin rondaan dijalankan Kesas Ronda di lorong
 motosikal LSA pada 5 pagi semalam dan tiada penunggang atau pengguna lorong motosikal terlibat atau
 cedera.


KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya


“Tindakan segera pihak Kesas Ronda itu berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong
 motosikal oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Kesas sentiasa bekerjasama dengan polis bagi memantau keselamatan di lebuh 
raya terlibat termasuk rondaan bermotosikal 24 jam akan dipergiatkan bagi membanteras kegiatan 
seumpama itu berulang.


KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya


Sementara itu, jurucakap Kesas ketika dihubungi Bernama mengesahkan terdapat seorang anggota
 peronda Kesas cedera ringan akibat perbuatan khianat itu selepas lehernya tersangkut pada dawai 
yang dipasang merentangi laluan motosikal LSA bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak.

Mangsa yang cedera ringan melakukan rondaan bersendirian ketika itu. - FMT

No comments:

Post a Comment