Tuesday 6 December 2016

ZIZAN RAZAK...TIDAK RAMAI ORANG TAHU KISAH KESUSAHAN ZIZAN RAZAK MASA MUDA !!! SAYU BACA.. INGAT LAHIR TERUS SENANG??

ZIZAN RAZAK...TIDAK RAMAI ORANG TAHU KISAH KESUSAHAN ZIZAN RAZAK MASA MUDA !!! SAYU BACA.. INGAT LAHIR TERUS SENANG??


































Berikut berupakan gambar Zizan semasa zizan muda-muda dulu. Amacam hensem tak? Ke lawak muka 
zizan? hahaha ternyata gambar artis-artis dulu kebanyakkannya kelakar. Apa pun admin tetap respect 
dengan zizan kerana dianya asal dari kampung tetapi mampu menaikkan namanya hingga ke rantau asia. 
Memang gempak la zizan ni kan? Apapun jom kita tengok gambar zizan semasa muda di bawah ini 

Bersama Johan As’ari dan Kaka pada majlis buka puasa.
Kesusahan hidup bakar semangat Zizan kerja keras dalam seni
Pengalaman berbuka puasa di tepi semak ketika dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halaman 
di Dungun, Terengganu, suatu masa lalu meninggalkan kenangan penuh makna buat pelakon komedi
 terkenal, Zizan Razak.Dengan menaiki sebuah motosikal lama, mereka sekeluarga pulang ke kampung yang
 jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Berbekal makanan dibawa ibunya, Zizan 
sekeluarga menikmati juadah berbuka di tepi jalan ketika menuju ke kampung.
 “Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk 
di depan, manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” – Zizan
Kepayahan dan kesusahan yang dialami mereka itulah sebenarnya pembakar semangat buat Zizan untuk
 berusaha gigih dalam bidang seni.

“Itulah pengalaman zaman kanak-kanak yang tak akan saya lupakan. Walaupun motosikal itu dipinjamkan 
atuk, sebab ayah saya tidak mempunyai kenderaan, tetapi kami sekeluarga masih mampu pulang ke 
kampung untuk beraya.
“Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk di depan, 
manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” katanya 
mengimbau kembali kenangan silam.

Kini, Zizan mampu tersenyum dengan apa yang dimiliki, malah mampu membawa keluarga pulang beraya 
dalam keadaan jauh lebih selesa berbanding dulu.
Ketika yang sama, dia juga tidak sesekali melupakan peminat yang setia menyokong kerjaya seninya.
Justeru, saban tahun, Zizan akan mengadakan majlis rumah terbuka di kampung halamannya di 
Jalan Terkukur, Kuala Terengganu.

“Setiap tahun, pada raya ketiga, saya akan buat rumah terbuka untuk mengeratkan lagi hubungan dengan
 peminat.“Raya tahun ini pula sama saja macam tahun sebelumnya, tidak ada apa yang terlebih atau 
terkurang. Cuma tema baju raya tahun ini warna oren untuk satu keluarga,” katanya yang menggemari 
Laksa Kedah masakan ibunya, Anai Ibrahim, 55.
Ingin menari pula
Bukan saja lakonan, nyanyian dan pengacaraan, Zizan kini mahu menceburi bidang tarian pula.
Melihat kelincahannya mempersembahkan tarian bersama juara Showdown 2010, kumpulan Wakaka Crew, 
pada majlis iftar Kelab Peminat Zizan (ZFC) di Subang, Selangor, hujung minggu lalu, ia cukup mengagumkan.
“Sekarang saya nak tumpukan pada tarian pula sebab saya sendiri sebenarnya sudah lama minat menari.
 Kalau boleh saya mahu jadi penari profesional. Dulu saya pernah masuk kelas tarian, tetapi tahan sehari saja.
“Saya sudah berlakon dan mengacara, tetapi impian untuk menjadi penari belum tercapai lagi. Berpeluang
 menari dengan kumpulan Wakaka Crew ini memang membakar semangat saya untuk meneroka bidang ini,” 
katanya yang akan muncul bersama filem KL Gangster 2 dan King Kapcai.
Elak cinta jarak jauh
Sementara itu, bercerita soal cinta, Zizan berkata, dia lebih berhati-hati kini apabila berbicara mengenai 
perasaan.Sebelum ini, hubungan cintanya dengan bekas peserta Akademi Fantasia 4, Leez, putus di tengah
 jalan. Walaupun umum mengetahui dia kini intim dengan Juliana Evans, namun pengacara Melodi ini takut
 untuk menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.
Pengalaman bercinta jarak jauh ketika remaja dulu menjadi igauan ngeri buat jejaka ini.
“Dulu saya pernah bercinta jarak jauh, tetapi apabila teman wanita saya sambung belajar, perhubungan itu 
menjadi renggang. Mungkin sebab saya tidak terpelajar dan masa dihabiskan dengan bermain motosikal, 
sebab itu dia tak mahukan saya.

“Cinta jarak jauh memang susah. Saya dengan Jue (Juliana Evans) pula lebih kepada kawan baik dan saya
 sayang dia sebagai kawan saja,” katanya.

Sumber : http://di-sini-bermula.blogspot.my

No comments:

Post a Comment