Saturday 17 December 2016

TIPS PENTING! Seks ketika isteri mengandung..

TIPS PENTING! Seks ketika isteri mengandung..





Ramai juga rakan-rakan bertanya "Boleh ke kita melakukan seks ketika isteri mengandung?" dan ada juga ada yang bertanya "Tak ada "Effect" apa-apa ke?". Lebih kurang macam itulah soalannya. Saya bukan pakar perubatan atau "bomoh" yang boleh jawab secara terperinci tentang perkara ini. Namun saya akan kongsikan serba sedikit maklumat bagi mereka yang belum tahu dan juga kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Bersetubuh atau apa-apapun istilahnya yang penting halal iaitu melakukan hubungan seks bersama isteri anda. Jika si isteri tidak mengandung, hal ini tidak menjadi masalah kecuali si isteri ada penyakit atau datang haid. Selain daripada itu, memang dibolehkan bagi menambahkan kemesraan, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melaksanakan tuntutan batin terhadap si isteri tetapi dengan beradab.

Menurut apa yang dimaklumkan oleh pakar perubatan, jika si isteri disahkan mengandung adalah lebih baik hindarkan hubungan kelamin di awal kandungan telah dikesan. Bukannya tidak boleh tetapi bagi kes yang "hardcore" dikhuatiri boleh menyebabkan kandungan boleh gugur ditambah lagi sekiranya persenyawaan (Embryo) yang terhasil tidak cukup kuat untuk berpaut pada dinding rahim si isteri. Jika mengalami keinginan seks melampau yang tidak terkawal, lakukanlah hubungan kelamin dengan pergerakan yang amat minima dan tidak terlalu rakus. Ditakuti boleh mengakibatkan perkara seperti yang disebutkan tadi.


Berapa kerap anda boleh melakukannya? Sebenarnya bergantung kepada keinginan kedua-dua belah pihak. Tidak tertulis hadnya. Terpulang kepada kemahuan dan kerelaan si isteri. Tetapi jika si isteri tidak sihat, letih, mual-mual akibat kesan sampingan mengandung, berpada-padalah dan faham sahajalah.

Sehingga berapa bulan anda boleh melakukan hubungan seks? Ianya juga tidak mendatangkan masalah kerana jika anda kerap bersama ianya membantu pintu rahim si isteri terbuka dengan kata lain anda telah membantu membina laluan kepada bakal anak anda. Tetapi seelok-eloknya jangan pula melakukan hubungan kelamin di saat si isteri telah sampai saat untuk melahirkan anak. Takut-takut air mani yang masuk terlekat pula di kepala anak.

Walauapapun keadaannya, yang penting fikirkan kesihatan si isteri terlebih dahulu dan berikan "Hint" kepadanya sama ada "Free" atau tidak. Dan kalau boleh jangan terlalu kasar takut-takut sampai membocori dinding tempat anak berlindung. Jangan risau dan jangan khuatir kerana pakar perubatan pun menggalakkannya. Ingat diperingkat awal kehamilan, lakukan dengan berhati-hati, jika dipertengahan kehamilan lakukan secara normal dan dihujung kehamilan perlu lebih berhati-hati. Jika amalkan tips ini InsyaAllah, anak anda selamat di dalam kandungan. Jika berkaitan penyakit lain, bergantung kepada nasihat pakar perubatan.


Sumber: http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

1 comment: