Monday, 12 December 2016

20 Jawapan Paling Sentap Kepada Soalan "Bila Nak Kahwin?

20 Jawapan Paling Sentap Kepada Soalan "Bila Nak Kahwin?


Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatin. Tapi adakalanya, prihatin yang tak bertempat. Bagi yang bujang, confirm selalu akan mengadap soalan "Bila Nak Kahwin?", "Bila nak berumahtangga?".

Diorang ingat kahwin tu macam buat ABC? Kadang-kadang penat nak melayan soalan yang tak ada penutup ni. Tapi korang tak payah pening, sebab 20 jawapan kat bawah ni akan membuatkan sesiapa sahaja yang menanya akan sentap dan mungkin itulah kali terakhir soalan tu korang akan dengar. Hehe!  

20 Cara Jawab Kasi Sentap Kepada Soalan “Bila Nak Kahwin?”


1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”




4. “Mana Boleh jawab La... Jodoh tu kan rahsia.. Hufff”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”

9. “Nak sponsor ke?”

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.”

12. “Carikanlah seorang boleh?”

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!”

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau Mak Long ada duit, boleh tak saya nak pinjam”?

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.”

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?”

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?”

18. Dah Kahwin dah nikah je belum...

19. Tunggu je Kad nanti sampai la...

20. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi”

Hah! Amacam. Yang mana satu paling Win?

OHMEDIA: Gerenti Bila Dah Kahwin Akan Timbul Next Question Is "Bila Nak Ada Anak?", Bila Nak Ada Anak Nombor Dua?"

No comments:

Post a Comment