Saturday, 17 December 2016

Mengapa cinta pertama sukar dilupakan....



Banyak juga carian dalam Google mengenai tajuk "Mengapa cinta pertama sukar dilupakan". Bukannya apa, takut-takut bila sudah siap entri, sama pula dengan entri orang lain. Harap-harap tak jumpa entri yang sama dengan entri "Mengapa cinta pertama sukar dilupakan" yang saya akan kupaskan seperti dibawah.

Cinta pertama? First Love. Apa maksud First Love? Istilah cinta pertama bukan cinta monyet atau cinta main-main sewaktu kita berada zaman kanak-kanak. Cinta monyet zaman kanak-kanak seperti main kahwin-kahwin atau seumpamanya tidak sepenuhnya menepati maksud sebenar cinta pertama.

Cinta pertama adalah satu cinta hasil daripada perasaan kasih dan sayang anda kepada seseorang dengan sepenuh jiwa dan raga dan meletakkan seseorang itu sentiasa bermain di kotak minda. Perasaan yang sukar digambarkan, berdebar-debar dan seperti mahu menatap wajahnya siang dan malam. Panjang maksudnya kan? 

Mengapa cinta pertama sukar dilupakan? Banyak sebab juga mengapa ianya sukar dilupakan dan saya senaraikan seberapa banyak sebab supaya anda tahu mengapa anda sukar melupakan si dia. 

Seperti lirik lagu Utada Hikaru yang menggambarkan erti cinta pertama melalui lagu First Love - Utada Hikaru berbunyi:

Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori
Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou
You are always gonna be my love
Itsuka dareka to mata koi ni ochite mo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
Tachidomaru jikan ga
Ugokida sotto shitteru
Wasuretakunai koto bakari yo
Ashita no imagoro ni wa
Watashi wa kitto naiteru
Anata wo omotterundarou
You will always be inside my heart
Itsumo anata dake no basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
You are always gonna be my love
Itsuka dareka to mata koi ni ochite mo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
Ever

Mengapa sukar melupakan cinta pertama? Mengapa sukar melupakan cinta pertama adalah kerana perlu diakui bahawa nikmat cinta pertama memang terlalu indah. "Saya sudah cuba tetapi saya masih tidak dapat melupakan dia kerana dia adalah cinta pertama saya" Mungkin ayat seperti ini anda pernah dengar daripada kawan-kawan anda yang telah putus cinta atau dikecewakan. Hal ini disebabkan nikmat kasih sayang pada cinta pertama adalah suci dan lahir semulajadi dari hati yang benar-benar mencintai.
Penangan cinta pandang pertama adalah anda pasti meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan anda dan kebiasaannya anda menganggap cinta pertama dan terkahir hingga ke jinjang pelamin. Begitu banyak janji yang dibuat semasa cinta pertama namun kadang-kadang hampa. Pengalaman cinta pertama juga adalah pengalaman yang manis dalam hidup kita. Manusia memang sukar melupakan pengalaman paling manis dan yang paling pahit dalam hidupnya. Jadi tidak hairanlah cinta pertama tetap kekal hingga kini. 

Seperti yang saya katakan tadi pengalaman pahit yang kita alami pasti akan diabadikan dalam hidup dan menjadi kenangan dan tersemat rapi dalam ingatan. Sakit hati sekalipun anda pasti sukar membuangnya terlalu jauh. Melalui cinta pertamalah anda mengenal erti cinta, melaluinya juga anda mengenal sikap, sifat dan tabiat kaum berlainan jenis, maka anda pasti akan mengingatinya sebagai panduan anda mengenal cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila anda sudah meletakkan sepenuh kepercayaan, anda sudah berjanji sehidup semati, anda telah berjanji setia hingga ke akhirnya, kemudian anda dilepaskan begitu sahaja olehnya, pasti anda mengalami sedikit tekanan jiwa dan perasaan. Melalui perasaan kecewa itu lah anda ingat sampai sekarang.
Jika ada orang mengkhianati anda pastinya anda mengingatinya. Sama lah juga dengan cinta pertama anda. Bermacam janji telah dibuat dan akhirnya semuanya dusta. Pastinya anda akan mengingatinya. Dalam banyak-banyak sebab di atas, bagi saya inilah sebabnya mengapa cinta pertama sukar dilupakan. Cinta pertama memberikan anda lebih banyak kenangan manis walaupun pahit akhirnya. Bila difikirkan balik masa cinta pertama pastu anda terasa seperti "Setiap saat dirasakan indah, Setiap minit mahu merenungnya, biar merenung tanpa kata, setiap pandangan mendebarkan hati, setiap waktu bersama terukir senyuman, setiap malam tidur tiada lena.

Sebab-sebab diatas adalah sesuai bagi terma cinta pertama dan bukan cinta monyet. Jika anda tidak pernah mengalami cinta pertama mungkin sukar anda menggambarkannya. Cinta pertama adalah sangat indah, manakala cinta terakhir pula amat diperlukan.

Walau apapun yang berlaku pada cinta pertama anda jangan lupakan cinta pertama juga pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW kerana cinta kepadanya adalah cinta yang mendatangkan pahala. Sama-sama kita mengingati sesama sendiri. InsyaAllah.


Sumber- http://bilalelakiberbicara.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment