Jauh Sangat Ke Beza Proton Dengan Hyundai Buat Kerja?...
Artikel ini adalah hasil perkongsian Tuan Lucius Maximus, Hubungi beliau melalui laman facebook
Tahniah kepada Proton kerana baru-baru ini berjaya melancarkan kereta EEV pertama mereka iaitu Proton Ertiga.
Kalau kau rasa nama Ertiga ini macam nama sebuah lagi kereta keluaran pengeluar lain iaitu Suzuki, ini adalah kerana ianya memang model yang sama. Ya, atas sebab itu namanya Ertiga mengikut perjanjian Proton-Suzuki. Yang bezanya Ertiga di negara kita ada lambang Proton (rebadge).
Dan Proton Ertiga ini mendapat status EEV atau Energy Efficient Vehicle. Ini model Proton yang pertama mendapat status EEV, sejak EEV diperkenalkan pada NAP 2014 dan setelah Perodua, Mercedes, BMW, Volvo dan beberapa pengeluar lain terlebih dahulu mendapat status EEV untuk keluaran masing-masing.
Kesimpulannya, Proton terpaksa pergi sehingga ke tahap rebadge model kereta lain untuk mendapatkan kereta EEV pertama mereka.
Baru-baru ini juga, Hyundai melalui Sime Darby Motors melancarkan kereta hybrid (dan dengan status EEV) mereka iaitu Hyundai Ioniq. Hyundai Ioniq yang dijual di Malaysia ini dibuat oleh kilang Inokom di Kulim, satu-satunya kilang yang menghasilkan Ioniq selain dari kilang Hyundai di Ulsan, Korea. Ia didatangkan dalam dua varian, HEV (RM100,328) dan HEV Plus (RM110,828).
Sebagai seorang pengguna kereta jenama Korea (tapi bukan Hyundai), aku melihat Hyundai Ioniq ini sebagai satu kereta yang berpotensi menggegarkan dunia automotif tempatan. Mahunya tidak, dengan harga di atas tadi kau dapat kereta hybrid berenjin 1.6 liter dengan bateri lithium-ion polimer 1.56kWh, keupayaan untuk bergerak sejauh 120km dengan tenaga bateri, penggunaan minyak pada 3.4 liter/100 km, 7 beg udara, ABS, brake-assist, hill-assist dan VSM. Beli yang HEV Plus dan kau dapat pula blind spot detection, AEB, lane keep assist dan adaptive cruise control. Gila!
Idea menghasilkan Ioniq dicetuskan oleh Hyundai pada tahun 2014 di bawah kod nama AE. Tapi ianya lebih dikenali di kalangan pengikut dunia automotif dengan nama jolokan ‘Prius Killer’. Ya, Hyundai memulakan projek kereta hybrid dengan satu matlamat yang mudah, melawan Toyota Prius yang selama ini menguasai pasaran kereta hybrid.
Awal 2015, prototaip AE buat pertama kali terlihat diuji di jalan raya Amerika Syarikat. Penghujung 2015, Hyundai Motor Group memperkenalkan enjin GDI Kappa 1.6 liter baharu mereka yang akan digunakan pada kereta hybrid Hyundai dan KIA. Dan awal 2016, Hyundai melancarkan Ioniq mereka di Korea, diikuti dengan pelancaran di Amerika Syarikat.
Malaysia terpilih sebagai pusat pengeluaran Ioniq untuk pasaran right hand drive, terima kasih pada insentif EEV yang diwujudkan kerajaan. Dan atas sebab itu, kita antara negara terawal yang dapat merasai Hyundai Ioniq atau ‘Prius Killer’ ini, pada harga yang jauh lebih murah dari Toyota Prius dan lebih nilai jika dilihat pada spesifikasi yang ditawarkan.
Tapi bukan mempromosikan Hyundai Ioniq tujuan utama aku menulis hal ini. Aku bukan salesman Hyundai dan Sime Darby pun bukannya nak bagi diskaun pada rumah yang aku beli dari mereka kerana menulis hal ini. Tapi aku suka berkongsi tentang kereta yang bagus untuk kita semua miliki. Hell, kalau ada duit lebih aku sendiri pun nak pakai Ioniq ni.
Cuma yang aku nak bangkitkan di sini ialah bagaimana Hyundai buat kerja dan bagaimana pula Proton buat kerja.
Ya, jangan lupa Proton pernah bercakap tentang menghasilkan kereta elektrik seawal tahun 2009 melalui Detroit Electric dengan menggunakan model Persona dan Gen2. Kemudian pada tahun 2012 Parlimen pula diberitahu bahawa Proton akan mula menjual kereta elektrik pada tahun 2014, menggunakan model Saga. Apabila Proton Iriz dilancarkan pada tahun 2014, cakap-cakap mula kedengaran bahawa Proton sedang bekerjasama dengan LG di Korea untuk menghasilkan Iriz versi hybrid.
Tapi itu semuanya hanya tinggal cakap-cakap. Sudahnya Proton dapat pinjaman RM1.5 bilion dan kita ‘dihadiahkan’ dengan Suzuki Ertiga cap Proton sebagai kereta EEV pertama mereka.
Sumber- http://www.himpunanceritalawak.com
No comments:
Post a Comment