Tuesday, 13 December 2016

Gempar....Toyol' Dicekup Ustazah

Gempar....Toyol' Dicekup Ustazah

Lahad Datu: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang cuba memecah masuk sebuah rumah dengan menyelinap melalui tingkap dapur sebaliknya dicekup seorang ustazah.
Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, penjenayah cilik itu ditahan di kediaman mangsa di Kampung Mesej Nala Tungku di sini.
Pemilik rumah yang juga guru agama, Ustazah Rahimah Indanan, 32, berkata, dia dan suami menyedari kelibat penjenayah yang berada di dalam bilik tidur mereka sambil memegang pengecas telefon bimbit.
Menurutnya, dia dan suami, Ishak Jaddi, 32, yang sedang tidur ketika itu mendapati suspek berlegar-legar di dalam biliknya dipercayai mencari barangan berharga.
“Akibatnya saya menjerit dan suami yang sedang tidur nyenyak di sebelah saya turut terjaga. Kami lantas menangkap remaja itu dan membawanya ke ruang tamu rumah.

“Kami sempat menyoal siasat remaja itu. Namun lelaki itu memberi jawapan pelik mendakwa dia juga hairan bagaimanapun berada di dalam rumahnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, terdapat sebuah basikal di luar rumah dan disyaki milik suspek.
“Ini adalah kali keempat rumah kami dipecah masuk. Kejadian pertama berlaku pada Julai tahun lalu. Pada masa itu jam tangan dan cincin emas milik saya hilang dilarikan. Kes kedua pula berlaku pada Oktober tahun sama dan duit hasil kerja sampingan menjual kuih-muih lesap,” katanya.
Menurutnya, mereka kemudian menghubungi talian kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis dari Balai Polis Tungku di sini, tiba di rumahnya untuk menahan suspek terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : 
Isnin, 29 Ogos 2016 @ 9:49 AM
Sumber...harian meteo

No comments:

Post a Comment