Kematian Misteri 7 Artis Terkenal...
Kemaatian adalah ketetapan ilahi kepada manusia yang bernyawa. Baik jin, haiwan, tumbuhan, manusia termasuk malaikat pun tetap akan merasai kematian yang tidak tahu bilakah ia datang. Larilah ke planet mana sekali pun kematian hanya selangkah di hadapan.
Meskipun kematian menjadi rahsia Yang Maha Kuasa, ia datang bukan sesuka hati tetapi kematian itu pasti ada penyebabnya. Tapi ada juga kematian seseorang yang penyebabnya masih menjadi misteri hingga kini. Seperti kematian para artis terkenal ini yang penyebabnya masih lagi menjadi misteri yang belum terjawab. Siapakah mereka itu?
1. Michael Jackson
Siapa tidak kenal dengan lelaki di atas? MJ yang terkenal dengan jolokan Raja Pop Dunia ini telah meninggal pada tahun 2009. Kematiannya ini membuatkan seluruh peminatnya turut bersedih. Kematiannya beliau ini dikaitkan pengambilan dadah yang berlebihan. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, kematiannya adalah disebabkan oleh doktor peribadinya telah menyuntik dengan dos yang tinggi propofol.
2. George Reeves
George Reeves yang merupakan seorang pelakon pertama Superman filem pada tahun 1959 telah terbunuh dek pistol di sebelah beliau. Ini menjadikan pegawai polis yang disyaki bahawa George mati akibat bunuh diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga yang mengatakan George telah dibunuh.
3. Marilyn Monroe
Pada usia 36 tahun, artis cantik ini telah meninggal dunia. Kematiannya pada usia yang agak muda begitu amat dikesali. Banyak pendapat yang mengatakan punca kematian Marilyn. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Marilyn membunuh diri. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar kematian Marilyn.
4. Alda Risma
Penyanyi cantik dari Indonesia meninggal dunia pada usia 24 tahun. Dia ditemui mati di Hotel Grand Menteng, Jakarta pada 12 Disember, 2006. Alda Risma ditemui mati dengan tanda jarum pada tubuhnya dan kematiannya dikaitkan dengan pengambilan dadah yang berlebihan. Walau bagaimanapun, ibunya berkata Alda telah dianiayai oleh teman lelakinya Ferry Surya Prakasa.
5. Natalie Wood
Beliau telah dikatakan lemas apabila ketika belayar dengan suaminya Robert Wagner dan rakannya Christopher Walken. Walau bagaimanapun, punca kematiannya belum diketahui dengan jelas sehingga ia dikategorikan sebagai kematian misteri.
6. Jim Morrison
Mati pada usia 27 tahun. Beliau ditemui tidak bernyawa pada tab mandi di apartmen milikinya. Doktor mengatakan Jim meninggal dunia akibat serangan jantung. Walau bagaimanapun, khabarnya Jim meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.
7. Elvis Presley
Elvis Presley dikatakan telah meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan. Walau bagaimanapun, kematian Elvis adalah sukar diterima oleh para peminat. Walaupun sesetengah peminat mendakwa telah bertemu dengan Elvis selepas Elvis meninggal dunia. Tetapi tidak diketahui dengan pasti sama ada ia benar-benar adalah Elvis atau pelanduk dua serupa.
Sumber- http://www.himpunanceritalawak.com
No comments:
Post a Comment