Kenapa Orang Jepun Tak Merokok Di Tempat Awam? Jawapan Lelaki Ini Sungguh Sentap...
Baru ujian VAPE dan ROKOK sebahagian orang yang mengaku Islam dah jadi macam orang hilang pedoman. Belum lagi diuji dengan kebuluran dan sungai api. Selamatkah iman kita nanti? Wallahua'lam. Semoga semua yang "kenal" Islam dipeliharakan keimanan, ilmu dan akhlak mereka sehingga akhir hayat. Amin.
---
Di Jepun, semasa di Hiroshima, Kyoto dan Kobe, susah nak lihat orangmerokok, seolah2 orang Jepun nie tak merokok.
Ada bilik atau ruang khas disediakan untuk perokok, dan kebanyakkan orang hanya merokok diruang yang disediakan.
Kami tanya En Kosaku, suami kepada Pn Akemi, yang menaja penginapan kami di Kobe, adakah orang yang merokok ditempat awam, bukan diruang yang disediakan akan dikenakan denda atau apa2 hukuman?
Dengan nada terkejut En Kosaku menjawab
"Ehh?.. Tak da apa2 denda! Cuma kurang beradab kalau merokok depan orang ramai. Ada budak2 dan sebagainya. Perokok nie merokok di ruang yang disediakan sebagai menjaga adab yang baik saja. Kalau nakmerokok ditengah2 jalan pun, tak da hukuman apa2..Jepun bukan macam Singapura, di Singapura kalau ada yang merokok ditempat awam, akan dikenakan panalti."
Malu nak cerita, di Malaysia, bukan saja orang merokok ditempat awam, malah tempat larangan merokok yang ada signboard denda jika merokokpun tak diendahkan.
Kalau la semua orang Islam tidak merokok.. Alangkah indahnya dunia... Sekurang2nya kita boleh berbangga dan menjadi contoh disitu.. Tapi malangnya hari nie muslimah bertudung labuh pun merokok/vape. Jangan sampai Islam terfitnah sebab perbuatan kita! Nauzubillahiminzalik
Sumber- http://www.himpunanceritalawak.com
No comments:
Post a Comment