Strategi Diet Tanpa Nasi Tapi Tak Lapar...
Artikel ini dikongsikan oleh vanilakismis
Salah satu cara untuk menguruskan badan yang berkesan adalah dengan melakukan diet tanpa nasi. Ramai kalangan rakan kita sendiri mahu pun selebriti berjaya menurunkan berat badan melalui cara mengelakkan makanan ruji ni.
Tapi masalahnya sebahagian daripada tidak sanggup melakukannya kerana bimbang akan kelaparan jika tak mengambil nasi atau sumber karbohidrat utama ini. Sebenarnya jika anda pandai mengatur hidangan tepat masalah kelaparan ini mungkin dapat dikurangkan.
Antaranya anda boleh mengikut pelan diet tanpa nasi berikut yang juga tidak menjejaskan tahap kesihatan anda. Perlu diingat, awal diet anda mungkin sukar menahan lapar tapi percayalah bila tubuh dibiasakan dengan makanan sikit tiada lagi masalah untuk anda. Sebagai tempoh percubaan, praktikkan selama seminggu terlebih dahulu untuk melihat hasilnya.
1. Sarapan
Ambil satu mangkuk bijirin gandum dan segelas susu rendah lemak atau sandwic bersama daun salad dan tomato tanpa sos. Pastikan anda menggunakan roti whole grain.
2. Jam 10 Pagi
Sediakan sebiji buah epal mengalas perut sebelum tengah hari. Lagi pun memang amat disarankan ambil buah sebelum makan.
3. Makan Tengah Hari
Menu makanan bebas seperti ayam bakar, tauhu, sayuran tapi TANPA nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, anda boleh ambil setengah biji kentang rebus.
4. Petang
Tak dapat dinafikan waktu petang mulalah kita teringin mengunyah kudap-kudapan. Boleh saja puaskan keinginan itu tapi ambil kacang atau pun kismis yang mana kudapan ini rendah kalorinya. Pastikan ia tidak berlebihan ya.
5. Makan Malam
Ambil buah-buahan seperti pisang, epal atau pear. Boleh juga oat bersama susu yang boleh memberi rasa kenyang. Elak tidur lewat kerana ramai yang terjebak makan kerana berasa lapar di tengah malam.
Di samping menjalankan cara diet berkesan tanpa makan nasi ini, anda boleh menikmati kek dan aiskrim seminggu sekali sebagai reward diri. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Sumber- http://www.himpunanceritalawak.com
No comments:
Post a Comment