5 Tips Menghadapi Bakal Mertua
Kata Orang Nak Tawan Hati Anak Dia, Kena Tawan Hati Kedua Ibu Bapanya Dulu. Pelajari Tips-Tips Mengambil Hati Mertua
Setelah sekian lama berpasangan, akhirnya pasangan anda membuat keputusan untuk membawa anda berjumpa kedua ibu bapanya. Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi tumpuan utama pada hari tersebut? Pasti diselubungi rasa resah apabila memikirkan cara untuk mengambil hati bakal mertua. Jangan bimbang, kerana pastinya tidak lepas bagi kebanyakkan pasangan kekasih untuk bertemu sua dengan bakal mertua.
Seeloknya, persiapkan diri dengan beberapa tips yang harus diambil kira bagi meredakan kebimbangan yang bakal dihadapi ketika bertemu dengan bakal mertua.
Seeloknya, persiapkan diri dengan beberapa tips yang harus diambil kira bagi meredakan kebimbangan yang bakal dihadapi ketika bertemu dengan bakal mertua.
1. Kekemasan
Kekemasan diri amatlah penting untuk dititik beratkan. Dari hujung rambut ke hujung kaki, si dara atau mahupun teruna mesti lah dalam keadaan serba serbi kemas dan bersih. Kuku hendak lah dipotong, rambut juga sentiasa dalam keadaan disikan rapi. Jika perlu, semburkan minyak wangi untuk membuatkan anda lebih rasa disenangi. Tapi ingat, elakkan bau yang terlalu kuat atau semburan yang berlebihan.
2. Cara berpakaian
Pakaian adalah antara tumpuan utama yang diberi apabila kita berkenalan dengan orang baru. Oleh itu, pakai lah pakaian yang bak kata orang 'sejuk mata memandang.'
Bagi wanita, pakailah pakaian yang sopan dan sesuai dengan budaya timur. Elakkan memakai pakaian yang membuat anda berasa tidak selesa untuk berhadapan dengan keluarga bakal mertua. Bagi lelaki pula, elakkan memakai seluar jeans dan kemeja-T yang kotor dan lusuh
3. Peramah
Lumrah bagi setiap pasangan akan berasa malu apabila kali pertama berjumpa dengan bakal mertua. Seeloknya buang lah perasan malu dan cuba bermesra dengan bakal mertua atau ahli keluarga yang lain. Ringankan mulut untuk bertanya khabar, dan wujudkan perbualan antara kedua dua belah pihak. Sebolehnya, elakkan bermain telefon bimbit ketika bersama bakal mertua kerana ini boleh mendatangkan perasaan tidak selesa daripada bakal mertua. Tetapi ingat, tutur kata yang sopan juga perlu dijaga untuk mengambil hati si mertua.
4. Ringan tulang
Bagi wanita, rajinkan diri untuk tolong bakal ibu mertua di dapur. Setakat memotong sayur, membuat air atau menghidang makanan sudah cukup memadai bagi pertemuan pertama dengan bakal keluarga mertua. Dengan cara ini, sudah semestinya ibu pasangan anda dapat melihat kecekapan anda menguruskan hal hal di dapur.
5.Buah tangan
Dalam perjalanan ke rumah bakal keluarga mertua, singgah lah di gerai atau kedai untuk membeli sedikit buah-buahan atau kuih muih bagi menunjukkan kesungguhan anda untuk bertemu dengan mereka. Untuk memudahkan pilihan, anda boleh bertanya kepada pasangan tentang makanan yang digemari oleh ibu bapanya untuk dijadikan buah tangan.
No comments:
Post a Comment