Saturday, 10 December 2016

Ibu Maki Anaknya Kerana Pecahkan Perfume Kegemarannya, Lihatlah Jawapan Anaknya Yang Mengejutkan Dan Buat Ibunya PENGSAN..

Ibu Maki Anaknya Kerana Pecahkan Perfume Kegemarannya, Lihatlah Jawapan Anaknya Yang Mengejutkan Dan Buat Ibunya PENGSAN..






“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”

Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian. 

Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.

Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?

“Saat membaca nota itu, berderai airmata... Meruntun jiwa seorang ibu ini... Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi...Kemudian saya sedar... Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”



Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.

Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..

"Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!"
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..

"Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!"
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!

“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”

“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”

Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.

Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!

Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!

Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.

Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula. 

Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin.
Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.

*Ummu Nurin adalah salah seorang penulis yang berkolaborasi dengan saya menerusi projek buku motivasi rumahtangga - Suamiku Encik Whatever.

No comments:

Post a Comment