Gempar Pertandingan Mr Awang Selamat....Alhamdulillah..'Pembaharuan Dlm Sukan Bina Badan Patuh Syariah Patut Dicontohi Negeri Lain'
Menurutnya, kerajaan Kelantan melakukan satu pembaharuan 'ground breaking' dalam arena sukan bina badan apabila memperkenalkan 'Pertandingan Badan Cantik Mr Awang Selamat'.
"Jika selama ini sukan bina badan lebih dikenali sebagai sukan menayang aurat dan semata-mata bertujuan komersil, kini Kerajaan Kelantan telah berjaya mengubah persepsi tersebut.
"Apa yang dilakukan itu sangat kreatif dan patut dicontohi oleh negeri-negeri lain," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, penganjuran pertandingan bina badan itu mencetuskan kontroversi di media sosial walaupun menampilkan konsep 'patuh syariah' dalam aspek menutup aurat peserta.
Menurut Maszlee, dengan penganjuran sukan tersebut, kini boleh dilihat dari tiga sudut berbeza.
"Pertamanya dari segi kesukanan dan komersil. Keduanya dari segi kebudayaan dengan pemakaian pakaian tradisional, peserta siap bertanjak dan menutup aurat. Ketiganya dari sudut kesihatan dan gaya hidup sihat," katanya.
Katanya, walaupun mungkin timbul polemik terhadap isu peragaan badan, namun wujud isu khilaf atau perbezaan pendapat mengenainya.
"Saya sokong, tambahan pula peserta semuanya menutup aurat. Dalam sukan lain pun masih terdapat unsur peragaan bahagian-bahagian badan secara tidak langsung," tambah beliau.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, penganjuran Mr Awang Selamat itu disokong kerajaan negeri sebagai satu produk pelancongan sempena Tahun melawat Kelantan 2016.
"Mr Awang Selamat adalah jolokan kepada suatu nama baru dalam dunia sukan bina badan patuh Syariat, ianya hanya di Kelantan.
"Cara berpakaian mestilah menutup aurat dengan seluar di bawah lutut dan pusat yang tertutup dengan kain ala pakaian pendekar Awang Selamat yang perkasa suatu ketika dahulu," katanya dalam tulisan di Facebook.
Sumber..malaysiakini
No comments:
Post a Comment