Tahu Tak Dengan Memakan Tembikai Boleh Buat Kita Kurus Dalam Masa Beberapa Hari Sahaja? Tak Percaya? Lihat Cara Betul Untuk Kita Makan! Gerenti Kurus! Dah Ramai Buat!
Anda ada niat mahu menghilangkan perut buncit? Cubalah sarapan tembikai setiap pagi. Jika ingin tahu manfaat tembikai lebih lanjut, semak ulasan berikut ini dan pastinya membuat anda rajin makan tembikai setiap pagi.
Tembikai tidak hanya rendah kalori, buah ini kaya nutrisi seimbang yang dapat menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan.
1. Menjaga kekebalan tubuh dan metabolisma
Tambah buah tembikai ke dalam menu salad untuk sarapan. Selain menyegarkan, sarapan buah tembikai setiap hari boleh membantu untuk menjaga kekebalan dan kadar metabolisma tubuh anda. Dengan itu, anda akan terbebas dari penyakit dan melawan jangkitan.
2. Rendah kalori
Tembikai mengandungi sedikit kalori. Para pengkaji mengungkapkan, makan satu hidangan buah ini sama dengan anda makan kira-kira 28 kalori dan pasti tidak membuat tubuh anda cepat gemuk.
3. Melancarkan saluran pencernaan
Terlepas dari penurunan berat badan, makan tembikai juga dapat mengurangkan tahap kolesterol tinggi, mencegah batu ginjal dan membantu dalam menjaga saluran pencernaan setiap hari.
Lebih dari itu, dalam jangka panjang pengambilan buah tembikai juga bermanfaat untuk melindungi jantung terhadap penyakit dan stroke, iaitu vitamin yang disebut lycopene.
Selain daripada itu, tembikai juga merupakan sejenis buah yang penuh dengan khasiat dan kebaikan seperti:
1. Mengawal tekanan darah
2. Mengurangkan lemak badan
3. Memperbaiki penglihatan
4. Membantu proses penghidratan
5. Baik untuk buah pinggang
6. Memperbaiki mood
7. Baik untuk jantung
8. Dapat membantu melawan penyakit kanser
9. Memberikan tenaga
10. Kaya dengan bahan anti-oksida
No comments:
Post a Comment