Saturday, 10 December 2016

7 Foto: Tengku Permaisuri Selangor Mengalir Air Mata Melihat Persembahan Anak Istimewa

7 Foto: Tengku Permaisuri Selangor Mengalir Air Mata Melihat Persembahan Anak Istimewa



Isteri Sultan Selangor yang baru, Tengku Permaisuri Norashikin diihat mengalirkan air mata selepas menonton persembahan anak-anak istimewa.


Anak-anak istimewa  itu dari Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCASFT).

Mereka telah melakukan persembahan sepenuh hati untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut mencemar duli meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan anak-anak SCASFT.

Baginda juga sempat menghadiahkan cendermata kepada hampir 100 kanak-kanak spastik yang terdiri daripada lapisan umur dan kaum.

SCASFT menerima sumbangan sebanyak RM400,000 untuk program Pembangunan Semula Spastik meliputi perkhidmatan rawatan pemulihan seperti fisoterapi, hidroterapi dan pendidikan khas.

Ini gambar lawatan ini:








Sumber : Beritamemey

No comments:

Post a Comment