Tuesday, 6 December 2016

Allahuakbar....Zul Yahya Kongsi Penghijrahannya, Dulu Gaji RM10 -20 Ribu Sebulan Tapi Tak Puas

Allahuakbar....Zul Yahya Kongsi Penghijrahannya, Dulu Gaji RM10 -20 Ribu Sebulan Tapi Tak Puas



Pelakon popular Zul Yahya, terkenal sebagai hero dalam drama Kabhir Zero Kabir Hero dan juga Papaya di kaca televisyen zaman dulu kala.

Namun kini, Zul telahpun berhijrah dan lebih mendalamai agama Islam.

Zul Yahya juga sering tampil dengan gaya berjubah dan memakai kopiah atau berserban.

Jom lihat koleksi gambar terkini Zul Yahya dan isteri DI SINI.

Kata Zul Yahya, dia baru sahaja berhijrah pada bulan April yang lalu namun kini mula menerima undangan ceramah.

Ini komennya:

UNDANGAN CERAMAH

“Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman,”

“Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

“Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

“Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega,”

PUNCA  PENGHIJRAHAN

“Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.

“Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.

“Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan,”

HIDUP LEBIH BAHAGIA


"Dulu pendapatan saya RM10-20 ribu sebulan ketika jadi artis tapi tak pernah cukup. Dulu duit banyak tapi sikit pun rasa tak cukup. Hati rasa kosong, fikiran serabut.


"Ada duit nak beli tu beli ini, tapi sekarang dapat 2-3 ribu pun cukup. Allah bagi nikmat. hari-hari ada sahaja rezeki yang Allah beri tanpa diduga tapa disedari.



Sumber : Beritamemey

No comments:

Post a Comment