ALLAH BAYAR CASH PENGUNJUNG KELAB MALAM MILIK PENYANYI DANGDUT INUL VIZTA MANADO RAMAI MAUT SEMOGA KEJADIAN INI KITA AMBIL IKTIBAR BERSAMA
Seramai 12 orang pengunjung pusat karaoke milik Inul Vizta Manado di Jalan AJ Sondakh, Kawasan Megamas, Manado, Sulawesi Utara, dilaporkan maut akibat kebakaran kemarin.
Menurut laporan polis, suasana tempat karaoke keluarga tersebut juga sedang penuh sewaktu kebakaran tercetus.
Mangsa yang terkorban tidak dapat menyelamatkan diri kerana api begitu cepat menjalar.
Dilaporkan rata-rata tubuh korban tidak mengalami luka serius atau luka dari kesan kebakaran.
Difahamkan lagi, mangsa terkorban kerana sesak nafas dek kekurangan oksigen
Sementara itu Penyanyi dangdut Indonesia yang terkenal dengan goyang gerudi, Inul Daratista memohon maaf dan menyatakan simpatinya terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran di pusat karaoke miliknya, Inul Vizta Manado, di Mega Megamas, Manado, Sulawesi Utara, awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian 1 pagi itu, 12 orang terkorban, 71 lagi cedera.
Inul menerusi Instagramnya memaklumkan kejadian itu berlaku dalam tempoh 10 tahun dia terbabit dalam perniagaan dan memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik pada masa akan datang.
Portal berita tempatan memetik Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata, pusat karaoke yang terletak di tingkat tiga sebuah kompleks padat dengan pengunjung ketika kejadian berlaku.
Kebanyakan pengunjung dilapor tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan diri setelah ternampak api mula marak.
Ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tiga.
Semua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Prof dr RD Kandou Malalayang, Manado.
Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira 3.30 pagi.
Sumber
Sumber:infodanagama
No comments:
Post a Comment