Friday, 9 December 2016

Dikecam Lawak Tak Sensitif, Ini Kenyataan Balas Nabil Kepada Elly Mazlein

Dikecam Lawak Tak Sensitif, Ini Kenyataan Balas Nabil Kepada Elly Mazlein




Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dilihat akui bersalah di atas lawak tak sensitifnya kepada Elly Mazlein di mingu kedua GV3.

Nabil berhasrat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Elly Mazlein

Baginya dia perlu membuat permohonan maaf tersebut setelah peminat-peminat  Elly Mazlein berang dengan lawak tersebut.

Sebenarnya, Elly tak berasa marah pun tentang hal ini namun peminat Elly benar-benar bengang dengan tindakan Nabil itu

Baca kenyataan Elly Mazlein DI SINI.

Ini komennya:

MINTA MAAF TERBUKA 

"Kalau mereka rasa tidak senang dan marah dengan lawak saya itu, saya akan buat permohonan maaf secara terbuka pada malam konsert akan datang supaya ia dapat meredakan marah mereka.

"Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi.

RELA DIKECAM

"Saya sedar orang menonton rancangan ini hanya untuk cari silap kami sahaja dan secara jujurnya saya tidak kisah langsung kerana kecaman itu membuatkan mereka untuk terus menonton.

"Saya tidak kisah dikecam asalkan rating program tersebut meningkat. Ini terbukti pada konsert pertama sahaja penonton meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu,"

LAWAK KASAR

"Pada saya lawak kasar saya tidak mengecilkan hati peserta pun kerana peserta rancangan ini semuanya artis yang sudah lama dalam industri hiburan.

"Mereka sudah biasa dengan gosip, jadi apalah sangat dengan lawak saya itu. Rancangan ini hanya lebih kepada drama dan bukan pertandingan nyanyian biasa,"

Sumber: mStar

No comments:

Post a Comment